skip to main | skip to sidebar

Pages

  • Home
  • My Link
  • Profile
  • My Contact

TENTANG LELAKI

http://tentanglelaki85.blogspot.com

Sifat Lelaki Vs Sifat Perempuan

Tweet


(L)  Mempunyai ego tersendiri yang menyebabkan sukar menerima pertolongan orang lain dan pandangan org lain terutama sekali pasangannya.
(P)  Mudah menerima dan terpengaruh dgn pandangan org lain lebih-lebih lagi dengan orangg yang dicintainya.

(L)  Sekiranya mengalah, menunjukkan tanda tidak bermaruah atau berprinsip.
(P)  Mengalah tanda sayang dan pengorbanan yang tidak berbelah bagi.

(L)  Menilai kejayaan dan diri berdasarkan hasil atau prestasi yang berlaku didepan mata.
(P)  Seringkali menilai diri berdasarkan perasaan dan kualiti hubungan sesama manusia terutamanya orang yang disayangi.

(L)  Suka menyendiri dan menjauhkan siri apabila berada dalam keadaan tertekan.
(P)  Suka bercerita kepada orang lain tentang masalah yang sedang dihadapi dengan harapan mendapat simpati.

(L)  Mempunyai emosi sepertt getah iaitu sesuatu perasaan itu hanya sekejap sahaja.
(P)  Mempunyai emosi seperti ombak iaitu suatu perasaan yang lambat reda.

(L)  Biasanya suka memberi arahan bersifat ketua yang mempunyai kuasa.
(P)  Suka berleter mengenai sesuatu perkara sehingga puas hati.

(L)  Bersikap pemurah atau boros.
(P)  Bersifat kedekut atau berjimat.

(L)  Mempunyai fikiran yang bersifat makro iaitu melihat secara keseluruhan.
(P)  Mempunyai penilaian bersifat mikro iaitu melihat sesuatu secara terperinci.

(L)  Tidak fokus kepada sesuatu perkara
(P)  Fokus kepada sesuatu perkara.

(L)  Mempunyai perasaan cinta yang setia dan lebih fleksibel.
(P)  Cinta sepenuh hati dan setia pada yang satu.

(L)  Suka menyendiri dan berdiam diri apabila imej tergugat
(P)  Mudah marah, cemburu atau merajuk apabila imej tergugat.

(L)  Bila berkomunikasi kurang teliti mendengar tapi cepat memberi pendapat.
(P)  Mendengar dengan teliti sebelum membuat sesuatu keputusan.

(L)  Lebih banyak menumpukan kepada aspek fizikal dan kebendaan.
(P)  Lebih menumpukan aspek perasaan dan kemanusiaan

(L)  Meminta bantuan kerana malas atau tidak berupaya.
(P)  Meminta dan memberi bantuan sebagai tanda sayang dan hendak bermanja.

(L)  Akan melawan dan menjauhkan diri dan membisu seribu bahasa apabila berlaku pertengkaran.
(P)  Biasanya mengalah dan berpura-pura setuju dengan pasangannya.

(L)   Tidak suka bercakap tentang pasangannya
(P)   Suka bercerita tentang pasangannya dan menghormatinya

(L)  Agak keberatan meminta maaf
(P)  Lebih mudah meminta maaf

(L)  Dapat menyesuaikan diri apabila menghadapi kesukaran
(P)  Risau apabila menghadapi kesukaran

(L)  Suka MEMBUAT keputusan
(P)  Suka MENGIKUT keputusan

(L)  Terasa selesa berjauhan dengan keluarga
(P)  Suka bersama keluarga
Posted by Rizman Khairul at Wednesday, December 29, 2010
Reactions: 
2 comments Email This BlogThis! Share to Twitter Share to Facebook
Labels: informasi lelaki n wanita

Tanda-Tanda Orang Lelaki Merajuk

Tweet
a) Diam Seribu Bahasa* Dia diam je sepanjang ada dengan kita. Walaupun kita bercakap dengannya, dia hanya mengiayakan / dia anggukkan kepalanya je. Dia sikit pun tak akan layan kita seperti sebelum ni. Jika benda ni berlaku sah lah tu dia merajuk dengan kita.

b) Buat Tak Tahu
* Dia akan buat tak tau dengan kita. Jika kita minta tolong dengan dia seperti kemaskan meja ke, dia buat acuh tak acuh je.Paling teruk, dia buat-buat tak dengar (pekak betul-betul baru tau!). Ini cara protes yang paling teruk sebab ia bukan je buat kita geram tapi buat seolah-olah kita ni tak wujud.

c) Menolak Untuk Makan Bersama
* Bila lelaki merajuk biasanya dia tak nak jumpa kita atau face to face dengan kita. Dia akan bagi alasan seperti "awak makan la dulu,saya kenyang lagi la..lagipun,saya dah makan denagn kawan saya tadi" (walhal perut lapar... nak uji dorang, kita dok je sila depan dorang, sambil makan... )

d) Masam Muka
* Tindakan yang ni ialah tindakan yang paling kita geram. Dah lah tak nak cakap ngan kita dah tu nak tarik-tarik muka pulak. Tak puas hati la konon. Tapi adat la kalau orang dah merajuk. Perempuan pun lebih kurang je! (amek hanger, gantung kat muncung dia)

e) Baca Surat Khabar
* Bab ni memang tabiat orang lelaki. Tapi kalau surat khabar tu dibaca banyak kali tanpa sebab maknanya jiwa dia tak tenteram & ada sesuatu yang mengganggu diri dia. Lagi-lagi pulak kalau tengah-tengah malam buta.

f) Menonton Televisyen Hingga Lewat Malam
* Dia akan tengok tv tu sampai larut malam walaupun rancangan tu bukan rancangan kegemaran dia. Mata dia di tv tapi hatinya ke lain. Kita kena peka beb!

g) Keluar Rumah Tanpa Beritahu
* Ada lelaki yang tak akan memberitahu mana dia nak pergi. Nak protes la tu kononnye. Kita jangan paksa dia untuk menjawab pertanyaan kita kerana conferm dia akan buat dek je!

h) Matikan Telefon Bimbit
* Ha ni satu lagi tabiat lelaki. Dia tak suka diganggu bila perasaannya tengah marah. Untuk mengelakkan kita menggangu dia, dia akan matikan telefon bimbit dia & bagi alasan bateri kong. Alasan dia satu je, dia tak mahu dengar suara kita takut perasan marahnya lagi kuat... Alaa,bila dah rindu call jugak last-lastnyer!

i) Hisap rokok* Macam tak pernah dpt rokok sethn..

Posted by Rizman Khairul at Tuesday, December 28, 2010
Reactions: 
8 comments Email This BlogThis! Share to Twitter Share to Facebook

KANSER PAYUDARA LELAKI

Tweet PENGENALAN KEPADA KANSER PAYUDARA


Kanser merupakan satu kumpulan penyakit yang terjadi akibat daripada sel yang bertindak di luar tabiat asalnya. Organ tubuh terbentuk daripada pelbagai jenis sel. Lumrah serta sifat asalnya, sel-sel ini membuat pembahagian dengan kadar yang terkawal serta mengikut keperluan tubuh seseorang individu.
       
Kadar penghasilan yang melebihi keperluan, menghasilkan lebihan tisu yang dikenali sebagai ketumbuhan. Ia boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu benign(tumor bukan barah) dan malignan(tumor jenis barah). Jenis ketumbuhan pertama merupakan ketumbuhan yang tidak berbahaya kepada penghidap. Hampir 80% daripada penghidap ketumbuhan payudara adalah dari kalangan yang mengalami ketumbuhan jenis ini.
       
Kanser payudara merupakan ketumbuhan malignan yang terjadi daripada tindakan sel yang bermula pada bahagian payudara. Ia berkembang melalui proses pembahagian yang melebihi kadar keperluan organ dan seterusnya menyerang organ lain serta tisu-tisu berhampiran.
      
Sel barah ini mampu membebaskan diri daripada ketumbuhan asal sekaligus memasuki saluran darah serta sistem perlimpahan(lympathic system). Proses perjangkitan ini juga dikenali sebagai metastasis.

PENYEBAB KANSER PAYUDARA
       
Penyebab sebenar berlakunya kanser payudara masih belum dapat dipastikan. Kesimpulan yang dibuat oleh para penyelidik ialah, kanser payudara berlaku gandingan antara faktor keturunan(genetik) dan juga faktor persekitaran. Apa yang diketahui hanyalah faktor risiko yang merupakan suatu perkara yang menentukan risiko seseorang terhadap penyakit. Contohnya, merokok adalah faktor risiko kepada penyakit kanser paru-paru atau lemah jantung.
       
Risiko terhadap penyakit agak sukar untuk ditentukan kerana pengaruh faktor risiko adalah berbeza. Antara faktor yang mungkin menambah risiko seseorang menghidap kanser payudara adalah seperti berikut :
  1. Usia yang meningkat.
  2. Mempunyai ahli keluarga yang menghidap kanser payudara.
  3. Telah mendapat kanser pada salah satu payudara.
  4. Datang haid awal(sebelum usia 12 tahun) atau lewat menopaus(selepas usia 50 tahun).
  5. Tidak pernah melahirkan anak atau melahirkan anak pertama pada usia lebih 30 tahun.
  6. Mengambil makanan yang mengandungi banyak lemak haiwan.
       
Risiko seseorang wanita untuk mendapat kanser payudara meningkat selepas usia 40 tahun. Jika ada riwayat keluarga yang positif, makan risikonya juga akan meningkat. Wanita yang berada dalam keadaan ini harus mengambil langkah berjaga-jaga seperti selalu melakukan Pemeriksaan Sendiri Payudara(PSP)sebelum usia 40 tahun.
       
Risiko seseorang individu untuk mendapat kanser payudara tidak boleh ditentukan dengan tepat kerana terdapat juga faktor-faktor lain seperti tabiat pemakanan, paras aktiviti harian dan riwayat keluarga juga boleh mempengaruhi risiko tersebut.

KANSER PAYUDARA DI KALANGAN LELAKI
       
Daripada jumlah kes penghidapan kanser payudara, satu peratus adalah melibatkan kaum lelaki. Setiap tahun, 1,400 kes kanser payudara yang melibatkan kaum lelaki dilaporkan. Daripada jumlah tersebut 400 kes maut akibat serangan penyakit ini. 3 hingga 4 tahun kebelakangan ini, laporan kes penyakit kanser payudara di kalangan lelaki mencatat peningkatan sebanyak 50 peratus.
       
Kaum lelaki tidak seharusnya menjadi mangsa kanser payudara ini semata-mata kerana sikap sambil lewa akan risiko penyakit serta beranggapan bahawa ia hanya menyerang kaum wanita sahaja. Lelaki juga sepatutnya mengambil langkah berjaga-jaga dan berwasapada akan serangan ini terutamanya yang mempunyai sejarah ahli keluarga yang menghidap kanser payudara.
       
Di Barat, lingkungan umur kaum lelaki yang menjadi sasaran penyakit ini adalah berumur antara 50 dan 60-an. Kanser payudara di kalangan lelaki dan wanita tidak banyak berbeza, oleh itu faktor-faktor mengenainya, langkah pencegahan, pengesanan awal serta kaedah rawatan juga mengikut prinsip yang sama.

PERINGKAT dan TAHAP KANSER
       
Tahap-tahap kanser merujuk kepada keadaan kanser payudara selepas penyiasatan, yang selalunya termasuk bedah siasat atau biopsi. Kelenjar limfa di ketiak juga diperiksa untuk kenalpasti adakah kanser telah merebak ke limfa (lymph nodes).
       
Tetapi, tahap kanser hanya satu daripada ciri-ciri kanser yang perlu diketahui. Jenis sel-sel kanser (cell type) juga penting apabila jenis rawatan perlu dipertimbangkan.
       
Tahap serta peringkat penghidapan kanser payudara terbahagi kepada empat peringkat.
  1. Tahap 1
    • Merupakan tahap terawal penghidapan kanser payudara. Ketumbuhan didapati berukuran dalam 2cm ataupun kurang. Dalam tahap ini sasaran serangan hanya terhad kepada payudara sahaja.
  2. Tahap 2
    • Pada tahap ini, ukuran bertambah antara 2 hingga 5cm. Selain bahagian payudara ia turut menjadikan nodus limfa(bahagian bawah ketiak) sebagai sasaran serangan.
  3. Tahap 3
    • Saiz ketulan ketumbuhan 5cm. Pada tahap ini ia sudah melibatkan nodus limfa, kulit atau otot di bawahnya(otot bahagian dada).
  4. Tahap 4
    • Serangan sudah menjalar kepada bahagian serta organ yang jauh dari payudara. Antaranya ialah nodus limfa pada leher, paru-paru, hepar atau tetulang.


         


Kanser Payudara

Posted by Rizman Khairul at Friday, December 24, 2010
Reactions: 
4 comments Email This BlogThis! Share to Twitter Share to Facebook
Labels: Info sihat

Kecantikan Lelaki, Kegagahan Wanita

Tweet

Kecantikan Lelaki
Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani.Lelaki yang cantik,adalah:-
1) Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan
2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran
3) Lelaki yang memberi madu,setelah menerima racun,
4) Lelaki yang tenang dan lapang dada
5) Lelaki yang baik sangka
6) Lelaki yang tak pernah putus asa
Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati.Seluruh kecantikan yang ada pada Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.
Kegagahan Wanita
Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan,tetapi pada kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah,adalah:-
1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan
2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan
3) Perempuan yang tabah menangung kerinduan setelah ditinggalkan
4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan
Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman.Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.
Posted by Rizman Khairul at Thursday, December 23, 2010
Reactions: 
10 comments Email This BlogThis! Share to Twitter Share to Facebook

Mengapa Berhenti Merokok?

Tweet

Merokok


Rokok telah menjadi benda kecil yang paling banyak digemari. Merokok telah menjadi gaya hidup bagi banyak pria dan wanita, bahkan termasuk anak-anak dan kaum remaja. Kebiasaan merokok telah mengakibatkan banyak penyakit dari gangguan pernapasan hingga kanker. Meski menyadari bahaya merokok, orang-orang di seluruh dunia masih terus mengisap belasan milyar batang rokok setiap harinya.
Jumlah perokok di Indonesia menduduki peringkat ketiga tertinggi di dunia. Jumlah perokok di negara-negara berkembang jauh lebih banyak dibanding jumlah perokok di negara maju. Angka yang sangat memprihatinkan mengingat akibat buruk dari merokok baru akan dirasakan dalam jangka panjang.

Kandungan Sebatang Rokok

Zat apa saja yang terdapat dalam sebatang rokok? Nikotin merupakan zat utama yang terdapat pada rokok. Namun, lebih dari 700 jenis bahan kimia tambahan kemungkinan digunakan oleh perusahaan rokok untuk menambah kenikmatan merokok. Beberapa bahan bahkan begitu beracun sehingga beberapa pabrik rokok besar biasanya akan memiliki standar yang tinggi untuk membuang bahan-bahan beracun yang sangat berbahaya tersebut.
Perokok pasif bisa mendapat dampak negatif yang lebih mengerikan jika asap rokok dihirup mereka.
Selain itu, asap rokok mengandung 4.000 zat kimia, termasuk arsenik, aseton, butan, karbon monoksida, dan sianida. Asap rokok yang dihirup oleh perokok maupun perokok pasif akan menganduk 43 zat yang diketahui menyebabkan kanker. Itu sebabnya bagi perokok pasif bisa mendapat dampak negatif yang lebih mengerikan jika asap rokok dihirup mereka.





Bahaya Rokok

Apa saja akibat buruk dari gaya hidup yang merusak kesehatan ini? Apa saja penyakit yang disebabkan karena merokok? Berikut ini beberapa penyakit dan dampak negatif yang disebabkan karena merokok:


  • Penyakit Jantung

    Rokok juga merupakan salah satu penyebab utama serangan jantung. Kematian seorang perokok akibat penyakit jantung lebih banyak dibanding kematian akibat kanker paru-paru. Bahkan rokok rendah tar atau rendah nikotin tidak akan mengurangi risiko penyakit jantung. Karena beberapa dari rokok-rokok yang menggunakan filter meningkatkan jumlah karbon monoksida yang dihirup, yang membuat rokok tersebut bahkan lebih buruk untuk jantung daripada rokok yang tidak menggunakan filter.

    Nikotin yang dikandung dalam sebatang rokok bisa membuat jantung Anda berdebar lebih cepat dan meningkatkan kebutuhan tubuh Anda akan oksigen. Asap rokok juga mengandung karbon monoksida yang beracun. Zat beracun ini berjalan menuju aliran darah dan sebenarnya menghalangi aliran oksigen ke jantung dan ke organ-organ penting lainnya. Nikotin dapat mempersempit pembuluh darah sehingga lebih memperlambat lagi aliran oksigen. Itu sebabnya para perokok memiliki risiko terkena penyakit jantung yang sangat tinggi.
  • Kanker Paru-Paru

    Asap rokok dari tembakau mengandung banyak zat kimia penyebab kanker. Asap yang diisap mengandung berbagai zat kimia yang dapat merusak paru-paru. Zat ini dapat memicu terjadinya kanker khususnya pada paru-paru. Kanker paru-paru merupakan kanker yang paling umum yang diakibatkan oleh merokok. Penyebaran kanker paru-paru dalam tubuh terjadi secara senyap hingga menjadi stadium yang lebih tinggi. Dalam banyak kasus, kanker paru-paru membunuh dengan cepat.
  • Emfisema

    Perokok berat yang sudah bertahun-tahun akan mengalami emfisema. Emfisema merupakan penyakit yang secara bertahap akan membuat paru-paru kehilangan elastisitasnya. Jika paru-paru kehilangan keelastikannya, maka akan sulit untuk mengeluarkan udara kotor. Tanda-tandanya adalah mulai mengalami kesulitan bernapas pada pagi dan malam hari. Lalu mudah terengah-engah. Tanda lainnya adalah sering mengalami flu berat, disertai dengan batuk yang berat, dan mungkin dengan bronkhitis kronis. Batuknya sering kali tidak berhenti dan menjadi kronis.
  • Lebih Cepat Tua

    Hasil penelitian terhadap para perokok menunjukkan bahwa wajah para perokok pria maupun wanita lebih cepat keriput dibandingkan mereka yang tidak merokok. Proses penuaan dini tersebut meningkat sesuai dengan kebiasaan dan jumlah batang rokok yang dihisap. Penelitian tersebut menunjukkan bahwa para perokok berat memiliki keriput pada kulit hampir lima kali lipat dibandingkan orang yang tidak merokok. Bahkan proses penuaan dini sudah dimulai bagi para remaja yang merokok seperti kulit keriput, gigi menguning, dan nafas tak sedap.
  • Kerusakan Tubuh

    Dampak negatif merokok tidak hanya membahayakan paru-paru, jantung, dan saluran pernapasan. Kebiasaan merokok menurut penelitian bisa merusak jaringan tubuh lainnya. Belasan penyakit yang berkaitan dengan penggunaan tembakau bahkan mencakup pneumonia (radang paru-paru), penyakit gusi, leukemia, katarak, kanker ginjal, kanker serviks, dan sakit pada pankreas. Penyebabnya karena racun dari asap rokok menyebar ke mana-mana melalui aliran darah. Merokok dapat mengakibatkan penyakit di hampir setiap organ tubuh.

Mengapa Berhenti Merokok?



Apakah Anda menyadari bahaya merokok? Akibat merokok terhadap kesehatan tubuh benar-benar merugikan. Menurut statistik, di seluruh dunia, jumlah perokok yang meninggal karena penyakit akibat merokok berjumlah hampir tiga kali jumlah orang yang meninggal karena alkohol dan narkoba. Bahkan jumlah perokok yang meninggal karena penyakit tersebut berjumlah enam kali lipat dibandingkan karena kecelakaan mobil. Selain itu, usia perokok biasanya 13 hingga 14 tahun lebih pendek daripada orang yang tidak merokok.
Setelah membaca fakta-fakta ini, apakah Anda akan menjadi seperti perokok yang meskipun telah membaca begitu banyak fakta mengerikan sehubungan dengan merokok kemudian memutuskan untuk berhenti membaca artikel tersebut? Atau Anda berani mengatakan tidak kepada rokok?


Posted by Rizman Khairul at Tuesday, December 21, 2010
Reactions: 
4 comments Email This BlogThis! Share to Twitter Share to Facebook
Labels: Info sihat

BERHENTI MEROKOK

Tweet Entry kali ini saya ingin berkongsi tentang kesan-kesan dari merokok, saya tahu sekarang ni ramai yang merokok , tidak kira la lelaki atau pun perempuan. Termasuklah diri saya sendiri, bagi saya adalah perokok yang tegar memang susah nak berhenti.

Hari ini saya dapat hadiah dari mak angkat saya, nak tahu apa hadiah dia?? ok ini dia


Ini dia hadiah nya, cantikkan? sekali tengok saya ingatkan rokok Malboro, sekali buku kecil yang bertajuk "BERHENTI MEROKOK" terdiam kejap bila tgk buku ini. 

Dari sinilah baru kita tahu dan kita sedar betapa sayangnya mereka kepada nyawa kita, tetapi kenapa kita sendiri tidak sayang pada nyawa kita? Buku ini nampak jew kecil, tetapi isi di dalamnya mantap, dan banyak fakta-fakta yang dia terangkan. Memang betul pun apa yang terkadung dalam buku ini.

Dah macam cara da saya cuba untuk berhenti merokok, tetapi sehingga hari ini masih tidak boleh, tetapi selepas saya terima buku ini dari mak angkat saya, mula saya terfikir dan terdetik dalam hati untuk berhenti merokok. Itu sebelum saya membaca isinya lagi.

Ibu saya selalu berpesan, supaya berhentilah merokok, sebab rokok ini umpama macam dia bakar duit kita sebenarnya, kita hisap bukan dapat apa pun kebaikan, tetapi dapat penyakit yang boleh membunuh diri kita sendiri. Selama ini saya tidak pun pernah fikirkan hal ini, tetapi apabila saya rasa dada saya mula sakit dan batuk-batuk baru la saya rasa nk stop dari hisap rokok.

Ini saya ceritakan hal saya sendiri, next enrty nanti saya akan paparkan fakta-fakta tentang rokok dan kesan-kesan yang kita dapat nanti. Disini saya ingin berkongsi pendapat apa yang saya dapat dengan anda semua, mungkin ada yang susah nak terima atau baca tentang rokok ini. Orang lelaki selalu mengatakan, kalau orang lelaki tidak hisap rokok tidak macho la, itu ungkapan lapok, kenapa kita nk ikut ungkapan itu, kita sepatutnya pandai menjaga kesihatan diri kita, hargai apa yang anugerah Allah berikan, jangan pula kita yang musnahkan.

Jadi di kesempatan ini saya menyeru kepada anda dan diri saya sendiri, agar mulai saat ini kita amalkan kehidupan yang sihat. Katakan tidak mahu lagi merokok, yang mana susah nak berhenti tu, cuba kurangkan sedikit hisap rokok. Saya kagum dangan Bandaraya Melaka, kerana membuat kampen " Melaka Bebas Asap Rokok", semasa saya baca signboard tu kat bandar Melaka tempoh hari, membuatkan saya tidak jadi nak hisap rokok. InsyaAllah semoga kampen itu akan berjaya, dan dapat menyelamatkan nyawa ramai orang.

Betul ajal maut di tangan tuhan, tetapi kita jangan pula mencari jalan pintas untuk mati...hehe ok la setakat ini dahulu isu saya hari ini, tunggu fakta yang selanjutnya tentang Rokok ini.


Posted by Rizman Khairul at Saturday, December 18, 2010
Reactions: 
6 comments Email This BlogThis! Share to Twitter Share to Facebook

LELAKI BERBUAH DADA?

Tweet Agak lucu juga ia mula diperkatakan oleh wanita mahupun lelaki. Tetapi tahukah kamu masalah lelaki berbuah dada ini dipanggil sabagai 'Ginekomestia'. Ia berlaku apabila ketidakseimbangan hormon lelaki.

Tetapi jangan risau, penyakit ini tidak merebak. Ia boleh berlaku pada setiap peringkat umur. Walaupun ia sering berlaku pada lelaki yang berbadan gemuk, tetapi sebilangan  kecil berbadan kurus mengelami masalah ini. Secara umumnya buah dada lelaki dikategorikan sebagai besar jika garis pusatnya melebihi empat sentimeter. Ia boleh di rasai dengan tangan seperti ada benjol yang anjal di bawah puting.

Dalam sesetengah kes yang serius, buah dada lelaki boleh membesar sehingga melendut ke bawah. Jangan bimbang kerana benjol Ginekomestia tidak akan berubah menjadi kanser. Ia tiada kena mengena dengan kanser. Bahkan ia juga tidak akan menyebabkan masalah kesihatan. Kepada mereka yang mengelami masalah ini, jaga pemakanan kamu dan amalkan senaman yang sihat untuk membentuk dada yang sempurna.
Posted by Rizman Khairul at Wednesday, December 15, 2010
Reactions: 
4 comments Email This BlogThis! Share to Twitter Share to Facebook
Labels: Info sihat

10 perkara yang LELAKI tidak suka tetapi PEREMPUAN buat jugak!!

Tweet




1. Cepat berubah fikiran. Hari Isnin..kamu suka kat dia. Hari rabu kamu minat kat orang lain. Masuk hari Jumaat kamu dah lupa nama mamat yang hari Isnin. Peh..gila tuh. You all bakal digelar Miss Playgirl.

2. Membanding diri dengan orang lain. Kalau si dia minat kat kamu, dia takkan pandang sangat awek lain. Percayalah. Takyahlah susah-susah nak tolong promote orang itu..orang ini. Orang tu lawa la..tu la. Yang penting KAMU.
3.Bercanggah pendapat. Kalau dia minta pendapat, jangan ragu-ragu utk mengeluarkannya. Tapi, sebelum keluarkan hujah pastikan dia berada dipihak mana. Seboleh mungkin jangan sampai menyinggungnya.
4. Terlupa temujanji. Kalau dah berjanji, janganlah sesekali lupa. kalau terlupa percayalah dia akan rasa macam tak dihargai dan tidak penting dalam hidup kamu.
5.Riak. Kalau kamu baru dinaikkan pangkat dan si dia memuji… pastikan kamu tidak riak bertahun-tahun, dikhuatiri si dia akan terasa tak setaraf ngan kamu plak. Cukuplah utk sejam dua sahaja.
6. Berkira soal berat badan. Kalau si dia mengorder burger paling besar atau ayam goreng 2 set + kentang besar+ milkshake jangan larang atau tegur. takyahlah nak cerita pasal lemak, kolestrol. lelaki ni kalau bab makan memang berkira.
7. Pura-pura tak tahu. Ini memang berlakon tahap bengong ! Takkan la lansung tak kenal Brad Pitt semata-mata nak jaga hatinya. tak salah jika sesekali tunjuk bijak.
8.Malas buat keputusan. Si dia buntu. Cadangan kamu?” Entah la I pun tak tau! ” Hello bangun dan bukak akhbar. Cuba beri cadangan yang baik. Si dia bukan tukang buat keputusan 24 jam sajer. Bila sesekali kamu buat keputusan gempak… dia mungkin makin sayang.
9. Kurang sopan. Tanyalah mana-mana lelaki, mesti dia tak pilih wanita yang kurang sopan. Kalau ada sifat Hot Tamper..cuba belajar control. Ada sesetengah jenis kekasih mungkin dah memahami, so boleh tolak ansur. Tapi kalau jenis tak leh tolak ansur… ..
10.Tak mengaku kelemahan. sesekali kena mengaku kelemahan sendiri. Jangan dok maintain ayu jer… Lambat laun terbongkar gak. Percayalah… kalau kamu mengaku kelemahan diri, si dia bukan anggap itu satu kecacatan tapi satu kelebihan kerana sanggup mengaku. PERCAYALAH…


Posted by Rizman Khairul at Tuesday, December 14, 2010
Reactions: 
4 comments Email This BlogThis! Share to Twitter Share to Facebook
Labels: informasi lelaki

Daus AF8

Tweet



Daus atau nama sebenarnya Muhammad Sharil Firdaus Bin Eli, berusia 23 Tahun, berasal dari kuching, Sarawak. Anak bongsu dari 5 adik beradik, berkelulusan diploma dalam bidang perakaunan dari Politeknik Kuching.



Seorang yang peramah dan periang, lincah ketika berada di pentas dan persembahan yang terhibur kepada semua orang.  Dan beliau artis yang tidak sombong dengan peminat-peminat nya, malah sifat yang bersederhana yang di tampilkan membuatkan peminat-peminat senang hati.




Daus artis baru dari program realiti iaitu Akedemi Fantasia musim ke 8, yang memenangi tempat ke 3. Daus popular dengan lagu single pertamanya nya Kenapa? Yang sekarang sering  di putarkan di corong-corong radio. Dan lagu nya telah menambat  hati peminat-peminatnya. Dan Daus artis di bawah naungan KRU.



Lagu yang berjenis kechi, yang membuatkan orang  suka dengar dan mudah untuk di ingat lirik terutamannya kanak-kanak. Dan InsyaAllah lagu single kedua nya akan keluar tidak lama lagi.




Dan Daus juga tercalon dalam ABPH 2010 dalam 2 kategori, iaitu Artis Baru Popular dan Penyanyi Lelaki Popular. Jadi kepada peminat-peminat Daus Apa lagi cepat-cepat la undi Daus agar beliau tercalon dalam Top5.Ok la ini sahaja yang aku dapatkan kongsikan tentang Daus ini. Apa yang kita mahu sokong lah artis tanah air kita.

ini video dan lirik lagu KENAPA?



KENAPA?

Tubuhku menggeletar…
Di hati rasa berdebar
Apabila kau muncul menjelma di depan mata
Aku ketandusan kata kerana lidah rasa kelu
Ku cuba tepis perasaan tapi hati menuntut
Apakah sudah masuk musim cinta?

Katakan kenapa kau buat malamku sukar untuk tidur
Menanti esok tiba untuk berjumpa
Katakan kenapa kau buat siangku asyik mengelamun
Kepingin untuk bersama denganmu
Katakan kenapa?

Ku jatuh hati padamu…
Mataku tidak lekang tak jemu-jemu memandang
Bak kata mereka ‘Yang terbaik dari ladang’
Memberikan perasaan teruja yang menggoda jiwa
Setabah mana hati akhirnya pasti mengalah
Apakah sudah masuk musim cinta?

Katakan kenapa kau buat malamku sukar untuk tidur
Menanti esok tiba untuk berjumpa
Katakan kenapa kau buat siangku asyik mengelamun
Kepingin untuk bersama denganmu
Katakan kenapa? (ulang)

Kepingin untuk bersama denganmu
Katakan kenapa?
Posted by Rizman Khairul at Tuesday, December 14, 2010
Reactions: 
12 comments Email This BlogThis! Share to Twitter Share to Facebook
Labels: info artis

Syarat jadi lelaki gentlemen

Tweet TIDAK SEMPURNA SEORANG LELAKI ITU JIKA TIDAK PUNYA AHKLAK YANG BAIK. TIDAK LAYAK DIPANGGIL 'PEMIMPIN DUNIA' JIKA DIRI SENDIRI TIDAK TAHU MENDIDIK DIRI JADI SEORANG BERADAB.










































Dijadikan lelaki itu untuk menjadi khalifah.Menjadi contoh dan pendidik. Tetapi apakah layak seorang lelaki diangkat menjadi contoh andai diri sendiri tidak beradab, miskin ilmu dan ahklaknya.Jadi mari lelaki semua, hisab kelemahan diri. Yang buruk dicantikkan, yang lemah diperkuatkan. Nilaikan 35 etika atau 'peraturan' menjadi lelaki sejati. Agar sejuk perut ibu mengandungkan kamu, bahagia si dia bergelar isterimu dan bahagia permata hatimu bila tahu yang molek adabnya adalah ayahnya.


1. Jika kamu seorang perokok, jangan sesuka hati menghembuskan asap beracun itu ke muka orang di   sekeliling. Misalnya warga emas mahupun wanita yang hamil dan kanak-kanak.


2. Jika naik kenderaan awam jangan main serbu sahaja. Tolong tunggu giliran dan beratur. Jika ada yang  perlukan bantuan  jangan berat  tulang menghulurkan bantuan.


3. Ingat lagi iklan kemasyarakatan yang dilakonkan oleh Adlin Aman Ramli suatu ketika dulu? Jika naik kenderaan awam jangan berat punggung hendak memberikan tempat duduk kepada penumpang yang lebih   memerlukan.


4. Jangan suka pandang rendah kepada kemampuan orang lain, lebih-lebih lagi kepada wanita. Wanita zaman sekarang sangat competitive. Mereka bukan lagi mahkluk ciptaan tuhan yang boleh diperlekehkan.


5. Jangan suka tunjuk pandai lebih-lebih kepada sesuatu perkara yang kamu sendiri kurang pasti. Lebih baik merendah diri.


6. Jangan mudah melenting bila orang lain menegur kesilapan yang kamu lakukan. Terima apa sahaja yang di sampaikan sebagai satu teguran untuk kamu memperbaiki kelemahan diri.


7. Tolong hormat majlis. Lelaki kebanyakannya tidak tahu menghormati majlis yang dihadiri khususnya dalam soal etika pemakaian. Jika majlis yang di hadiri mempunyai kod pakaian, sila patuhinya. Jangan main sarung 
sahaja.


8. Bila di majlis tolong hormat dan beri perhatian kepada perjalanan majlis. Jangan sesuka hati buat agenda sendiri. Patuhi protokol. 



9. Jangan ambil mudah soal penampilan. Pastikan diri sentiasa tampil kemas. Kebersihan diri mesti dijaga,  
jangan sampai orang sebelah terpaksa menutup hidung menahan bau badan kamu yang tidak semenggah.


10. Tolong jaga kebersihan sekeliling dimana jua kamu berada. Jangan sesuka hati membuang sampah. Yang biasa dilihat, dimana kamu menghisap rokok, disitu juga la puntung rokok bersepah.



11. Tolong hormati sesiapa sahaja. Rakan sebaya. kanak-kanak dan lebih lagi rasa hormat   itudiberikan kepada orang lagi lebih tua.

12. Jika hendak berlawak, biarkan yang senonoh. Tolong jaga sensitiviti orang di sekeliling kamu. Lawak-lawak berunsur lucah sila tinggalkan.

13. Jika bercakap jangan sesekali meninggikan suara. Walaupun berada dalam keadaan marah, cuba kawal emosi aggar tidak menyinggung perasaan orang lain.

14. Jangan jadikan jalan raya sebagai trek berlumba. Jangan memandu laju sehingga membuatkan orang disebelah kamu menarik nafas dan menutup mata kerana takut dengan cara kamu memandu. Fikirkan keselamatan orang lain.

15. Jika memandu, sila patuhi semua peraturan. Lampu merah jangan dilanggar, tunggu giliran jangan suka memotong. Hormati pemandu-pemandu lain.

16. Bila berjalan bersama-sama keluarga, jangan dibiarkan isteri kamu seorang yang mendukuung dan membimbing tangan anak kamu. Yang banyak dilihat si isteri yang berkejar ke sana sini mengawal anak, takut terlepas. Si suami jalan di hadapan seorang diri.

17. Bagi yang berjalan dengan isteri yang sarat mengandung, jangan kamu tinggalkan dia di belakang . Metang-metang perutnya membesar ke depan, kamu malu berdamping dengannya.

18. Jangan sesuka hati melepaskan rasa marah. Kurangkan atau buangkan sahaja sikap panas baran kamu. Tiada untungnya kamu bersikap sebegitu.

19. Jangan ego. Jika kamu melakukan kesilapan, akuinya. Orang akan lebih hormat jika kamu mengakui kekurangan diri dan rela memperbetulkan kesilapan.

20. Jangan sesuka hati bersiul-siul mengacau atau mengurat perempuan. Bila tidak dilayan mulalah mengejek-ejek kononnya perempuan itu perasan cantik. Apa kamu rasa jika adik kamu diperlakukan sebegitu?



21. Jika ke kelab hiburan atau kemana sahaja, tangan kamu itu tolong duduk diam, jangan suka meraba. Kawal nafsu.

22. Jika kamu ingin mengenali atau mendekati seseorang, gunalah cara yang terhormat. Perkenalkan diri terlebih dahulu. Jika baik niat dan betul caranya, kamu akan diterima. Jika si dia menolak sekali pun, dia akan menolak dengan cara terhormat  sama sebagaimana kamu datang kepada nya.

23. Jika tinggal bujang, hormati jiran tetangga. Jangan tengah-tengah malam kamu menjerit-jerit bersorak bila pasukan kegemaran kamu menjaringkan gol. Orang lain hendak tidur, esok hendak kerja.

24. Fahami dan ikuti adab hidup berjiran. Jaga kebersihan rumah. Jangan kerana sikap kamu yang suka membuang sampah merata, jiran tetangga tanggung akibatnya. Dek sikap kamu yang tidak tahu jaga kebersihan, jentik-jentik beranak pinak dan orang lain pula yang terkena demam denggi.

25. Kemudahan awam itu dicipta untuk kegunaan bersama. Kamu lelaki, jangan sesuka hati merosakkan kemudahan yang ada. Telefon awam itu jangan dipecahkan dan papan-papan tanda jangan diconteng.

26. Bila di pejabat jangan suka curi tulang, walaupun kamu adalah seorang ketua, itu bukan tiket kamu keluar sesuka hati. Cuba jadikan diri kamu sebagai contoh kepada pekerja-pekerja lain.

27. Jangan jadikan isteri kamu seperti orang gaji, memasak, membasuh pakaian, mengemas rumah semuanya isteri kamu seorang yang lakukan. Sebagai lelaki kamu bertanggungjawab meringankan beban kerja rumah. Jangan duduk goyang kaki sahaja.

28. Bila ditugaskan untuk kerja berkumpulan, jangan tahu mengarah sahaja. Selalunya bila dalam satu kumpulan yang diketui oleh lelaki, biasanya mereka tidak mengambil bahagian dalam menyempurnakan tugasan.

29. Kalau sudah tahu bukan kamu seorang yang rajin mengemas, jadi janganlah pula kamu rajin sepahkan. Sekali dua bolehlah isteri atau ibu kamu kemaskan, masuk kali ketiga tiada siapa yang hendak layan.

30. Jangan suka melawan atau memberontak sesuka hati. Walaupun ada sesuatu perkara yang kamu tidak suka atau bersetuju, ada cara baik untuk membantahnya.


31. Pabila azan maghrib berkumandang sila segera pulang ke rumah. Tetapi sayangnya yang banyak berlaku ialah masih ramai yang melepak di tepi jalan bersama kawan-kawan. Lebih teruk lagi jika kamu sedang menyanyi dan bermain gitar.

32. Jika kamu seorang ketua di pejabat, jangan pula kamu yang menggalakkan anak buah kamu buat perkara yang tidak baik. Yang biasa berlaku, ketualah yang ajak anak-anak buah keluar curi tulang ketika waktu bekerja. Lama-lama anak buah pun tidak punya rasa hormat. Kamu tidak ubah seperti ketam mengajar anaknya berjalan lurus.

33. Jika ke tandas awam, terlalu banyak beza antara tandas lelaki dan perempuan. Kebersihannya jarang sekali mencapai tahap memuaskan. Wahai lelaki semua sila jaga kebersihan.

34. Bila berkunjung ke rumah saudara-mara atau ke majlis kahwin, lelaki jarang sekali membawa buah tangan atau hadiah. Tiada salahnya keluar sedikit wang membeli buah tangan sebagai tanda terima kasih atas undangan yang diberikan.

35. Lelaki memang gemarkan muzik. Jadi bila kamu mendengar muzik jangan dipasang kuat-kuat hingga menganggu orang lain. Cukuplah sekadar kamu dengar seorang. 
Posted by Rizman Khairul at Sunday, December 12, 2010
Reactions: 
2 comments Email This BlogThis! Share to Twitter Share to Facebook
Labels: informasi lelaki

KELEBIHAN LELAKI PADA AKALNYA

Tweet


Allah Maha Bijaksana menjadikan makhluk
berpasang-pasang; lelaki dan wanita,
bumi dan langit, siang dan malam,
syaitan dan malaikat, gunung dan lembah,
matahari dan bulan, begitulah
seterusnya.Banyak hikmah dalam kejadian
alam yang perlu direnung dan dijadikan
bukti keagungan Allah. Satu contoh dalam
kejadian manusia, Allah jadikan wanita
bersifat lembut dengan nisbah 9/10 malu
dan 1/10 akal, manakala lelaki 9/10 akal
dan 1/10 malu.

Atas kelebihan akal inilah, Allah
menjadikan kaum lelaki penjaga bagi kaum
wanita. Begitu juga dalam apa jua
masalah, Allah menyamakan 2 wanita
dengan 1 lelaki; contohnya dalam hal
penyaksian.Walaupun kurang berakal,
namun wanita ada sifat malu. Kerana ada
malulah, wanita dipandang mulia.
Kalaulah wanita tiada malu, habislah
dunia ini. Begitu juga lelaki, meskipun
kurang malu namun mereka mempunyai akal
yang dapat memikirkan kesan dan
sebab-akibat sesuatu perkara. Kalaulah
lelaki tiada akal, dunia akan jadi
kocar-kacir.

Begitulah kebijaksanaan Allah untuk
menjaga keharmonian alam. Namun apa dah
jadi pada masa ini. Wanita sudah tidak
ada perasaan malu lagi; bebas bergaul
tanpa batas, bebas keluar hingga larut
malam. Manakala lelaki pula sudah tidak
menggunakan akal lagi malah
merosakkannya pula. Fikirkanlah kesan
buruk yang akan menimpa masyarakat jika
fitrah kejadian ini sudah diabaikan.

Wanita yang sepatutnya malu dah tiada
malu lagi; lelaki yang sepatutnya
berakal dah hilangkan akal mereka.
Perempuan dengan gejala dedah; lelaki
dengan gejala dadah.

Kata orang tua-tua - pemuda harapan
bangsa, pemudi tiang negara kini sudah
hampir berkubur.
Posted by Rizman Khairul at Saturday, December 11, 2010
Reactions: 
2 comments Email This BlogThis! Share to Twitter Share to Facebook

Hadiah Terbaik Lelaki

Tweet SUDAH namanya lelaki, kadang kala sukar bagi wanita memahami peribadi dan perlakuan golongan berlawanan spesies dan jantina ini.

Saban hari, ada saja isu berkaitan lelaki dibangkitkan. Soal gaya, cita rasa dan keinginan lelaki sering menjadi topik perbualan wanita termasuk mereka yang sudah lama hidup berumah tangga dan berkongsi segala-galanya dengan lelaki.

Sifat dan keinginan lelaki yang sukar dijangka kadang kala merumitkan lagi usaha berdamping dengan golongan Adam ini.

Meniti senarai perkara mengenai lelaki yang sukar dimengertikan, isu mencari hadiah untuk jejaka misalnya, boleh mencetuskan kebuntuan setiap kali tibanya hari jadi, ulang tahun perkahwinan atau detik istimewa yang mahu dikongsi bersama lelaki.

Andai wanita jatuh cinta dengan barangan yang mahu dihadiahkan kepada teman lelaki, belum tentu si jejaka yang berjiwa kompleks gembira menerima pemberian itu. Silap hadiah, timbul pula perselisihan dek si dia berkecil hati andai hadiah yang diberi tidak begitu digemari kerana tidak memenuhi kehendak jiwa teman lelaki.

Dalam hal ini, tidak semestinya hadiah yang diberi berharga mahal atau produk berjenama mewah. Sebaliknya, apa yang lebih penting, lelaki merasa puas dan gembira dengan hadiah yang diberi sekalipun sekadar kemeja T murah.

Sehubungan itu, dalam melerai kekusutan mencari hadiah untuk jejaka idaman, wanita disaran mengkaji terlebih dahulu peribadi si dia termasuk tingkah laku, minat dan hobi lelaki. Dengan mendasari peribadi dan minat lelaki, tidak sukar wanita memilih hadiah terbaik untuk diberikan sebagai tanda ingatan dan kasih sayang.

Mengulas soal hadiah sesuai untuk lelaki, Pengarah Institut Sosial Malaysia (ISM), Prof Madya Dr Mohd Fadzil Che Din berkata, tidak kira lelaki atau wanita, faktor kriteria serta bajet perlu diambilkira dalam memilih hadiah sesuai.

Dr Mohd Fadzil berkata, secara psikologi lelaki tidak terlalu mengambil peduli soal jenis atau bentuk hadiah kerana bagi mereka, aspek hati dan niat pemberi lebih diutamakan.
“Berbanding wanita, bentuk hadiah kepada lelaki lebih menjurus kepada hubungan fizikal dan kaitan perhubungan yang terjalin. Ini sama ada membabitkan rakan sosial, teman emosional mahupun sebagai teman intim.

“Ini dapat dilihat daripada bentuk hadiah yang diterima lelaki daripada kumpulan rakan-rakannya dengan mengambil kira kesesuaian kriteria hadiah serta bajet yang mengikut kemampuan,” katanya kepada XY – Ikon Lelaki.

Ditanya apakah erti hadiah yang diterima dalam konteks jantina lelaki dan wanita, Dr Mohd Fadzil berkata, hadiah bagi lelaki lebih bersifat faktor luaran atau tersurat kerana setiap hadiah diterima dengan hati terbuka.

“Wanita pula mempunyai sifat yang lebih tersirat. Bagi wanita, bukan soal jenis hadiah yang perlu sempurna sebaliknya setiap bentuk dan warna dalam hadiah yang diberi mempunyai erti besar dalam pemikiran dan naluri diri wanita.

“Nampak sedikit cerewet tetapi wanita lebih beremosi dan cukup mengambil berat soal hadiah dalam apa juga keadaan,” katanya.

Mengenai hadiah yang sesuai buat si jejaka, Dr Mohd Fadzil berkata, adalah penting untuk wanita mengkaji sifat serta karektor lelaki bagi menentukan konsep hadiah sesuai untuk si dia.

Sebagai contoh, katanya, wanita boleh menentukan asas warna, bentuk dan fungsi hadiah yang difikirkan sesuai buat lelaki.

“Biasanya lelaki kurang cerewet dalam soal hadiah yang diperoleh kerana percaya kepada tanda ingatan dan niat si pemberi hadiah.

“Wanita pula seharusnya bijak memilih hadiah sesuai serta memastikan ia mewakili nilai hubungan antara lelaki dan wanita… Barulah pemberian itu bermakna antara dua pihak.” katanya.

Melalui pemilihan hadiah yang tepat, wanita bukan saja memahami cita rasa dan minat sebenar lelaki, malah lelaki dan wanita dapat membentuk perhubungan ideal.

Biarpun hadiah menjadi tanda keikhlasan pemberi, nilai sentimental serta bentuk yang cuba dipersembahkan dalam hadiah memiliki pengertian lebih besar ertinya bagi lelaki. Ini terutamanya jika hadiah yang diberikan menjadi idaman lelaki sekian lama.

Mungkin selain kemeja, kasut, set minyak wangi dan jam tangan, barangan lain yang memenuhi karektor lelaki boleh dijadikan idea hadiah yang baru dan segar.

Siapa sangka, hadiah unik seperti sport rim, jersi bola sepak edisi terhad mahupun tiket Formula 1 Petronas Malaysian Grand Prix 2010 di Sepang boleh menggembirakan si dia. Bukan sahaja mencipta kejutan, hadiah istimewa itu pasti mengeratkan lagi hubungan intim anda berdua!
Hadiah idaman lelaki:

XY – IKON LELAKi berkongsi 10 hadiah istimewa yang mungkin mewakili karektor dan hobi lelaki moden. Perhatikan, tiada minyak wangi, kemeja atau dompet yang seolah-olah menjadi ‘hadiah wajib’ buat lelaki.
Anda mencari-cari hadiah terbaik untuk teman lelaki? Tip ini mungkin ada jawapannya…

1. Jersi bola sepak



Jika teman lelaki fanatik bola sepak, pancing hati si dia dengan hadiah jersi bola sepak kelab pujaannya. Lebih bermakna andai jersi yang anda hadiahkan merangkumi edisi terhad yang sukar diperoleh di pasaran. Tunggu apa lagi?

2. Telefon iPhone



Ikuti trend semasa, tidak salah untuk menghadiahkan telefon berteknologi seperti iPhone buat jejaka istimewa. Andai si dia tidak lokek membelikan anda barangan mewah, apa kata balas budinya dengan telefon pintar ini.

3. Monitor LCD kereta



Buat sedikit kejutan dengan menghadiahkan gajet berupa monitor LCD kereta. Bukan untuk dirinya saja, anda juga boleh menikmati hiburan dalam kereta bersama.


4. Sport rim



Masih lagi berkisar soal kenderaan. Sport rim terbaru dengan reka bentuk maskulin cukup untuk menambat hati si dia!

5. Tiket perlumbaan F1 Sepang




Andai masih tercari-cari hadiah berbeza untuk si dia, apa kata beli saja tiket perlumbaan Formula 1 Petronas Malaysian Grand Prix 2010 yang dijangka berlangsung di Litar Sepang pada 2 hingga 4 April ini.


6. Permainan video



Seolah keanak-anakan, majoriti lelaki sukakan permainan video. Daripada permainan video Sony PS1 hingga kepada model PSP terkini, lelaki cukup menggemari permainan video sebagai hobi waktu lapang.

7. MP3




Fenomena muzik tiada batasan. Begitu jugalah dengan teknologi muat turut lagu termasuk gajet MP3 yang boleh dijadikan sebagai hadiah istimewa buat orang tersayang. Bukan sekadar memberikan gajet muzik, lebih bermakna jika anda memuatkan sekali lagu kegemaran si dia tanda cinta!

8. Kasut futsal



Perlu bagi seorang wanita ‘mencintai’ apa yang lelaki gemari. Jika teman lelaki suka bermain futsal, kasut futsal berjenama boleh menjadi hadiah paling sesuai! Ia juga membuktikan anda memberi sokongan moral terhadap hobinya itu.

9. Set mengurut elektronik



Di pasaran, banyak peralatan mengurut elektronik diperkenalkan seperti set urut tapak kaki, pinggang dan bahu pada berpatutan. Kasihan melihat si dia keletihan selepas seharian bekerja, apa kita sambut kepulangannya dengan set mengurut ini?

10. Kejutan majlis hari jadi




Aturkan majlis hari jadi kejutan atau surprise party buat si dia. Himpunkan teman-teman rapatnya yang boleh memberikan kejutan terbesar dalam hidup. Siapa sangka, kejutan itu menambahkan lagi kemesraan anda berdua
.
Posted by Rizman Khairul at Saturday, December 11, 2010
Reactions: 
6 comments Email This BlogThis! Share to Twitter Share to Facebook
Labels: Hadiah Terbaik Lelaki

20 Tentang Lelaki Yang Wanita Perlu Tahu

Tweet
1. Lelaki juga boleh menjadi seseorang yang begitu sensitif dan mengambil berat (prihatin).

2. Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tak semestinya cantik. Cukup dengan budi bahasa dan kesopanan yang tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yang mempunyai banyak persamaan dengannya samada dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu, banyak yang boleh dibualkan atau dikongsi bersama.

3. Kebanyakan masa, lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh seorang wanita.

4. Lelaki boleh menerima penolakan dengan baik.

5. Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya untuk menambat hati wanita…




6. Lelaki memang dilahirkan dgn perasaan yg kuat terhadap wanita..sebab itu mereka suka melihat wanita, menjeling wanita dan menonton Baywatch! Atau mencuci mata di tepi pantai atau swimming pool.

7. Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dengan situasi ingin mengajak wanita keluar kali pertama!

8. Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita.

9. Bila lelaki cakap..”Emm. tengoklah dulu”..itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju.

10. Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya.






11. Kebanyakan lelaki yang nampak ‘desperate’, datang dari sekolah all boys!

12. Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain.

13. Lelaki tak boleh belajar kesemuanya pasal perempuan dari library atau buku semata2. Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan..dan tak faham kenapa perempuan bersikap begitu begini…

14. Kadang2 lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dengan lebih baik.

15. Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan ‘flirting’ dengan ramai wanita..dia tetap hanya ada seorang teman wanita yang istimewa…yang lain hanya kawan..





16. Bila lelaki tertengok dada wanita dan wanita itu menyedari…maafkan saja. Kebanyakan lelaki tak sengaja….Mereka merasakan kejadian wanita itu begitu indah!

17. Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa bersedih..cuma dia tak menunjukkannya kesedihannya di depan orang.

18. Bila seorang perempuan meminati seorang lelaki, perempuan itu patut bagi hint! Mana tau lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya nanti…

19. Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita.

20. Kebanyakan lelaki cukup lemah dgn air mata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yg dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan.







Lelaki bukanlah sempurna 100%, walau bagaimanapun rupanya atau pandangan luarannya. Jadi, perempuan janganlah mengharapkan semua yang hebat dari lelaki! Mereka juga normal dan mempunyai kelemahan



Posted by Rizman Khairul at Friday, December 10, 2010
Reactions: 
3 comments Email This BlogThis! Share to Twitter Share to Facebook
Labels: Tentang Lelaki
Newer Posts Older Posts Home
Powered by Textbook Widget

My Visitor's

Followers

My Time


Archives

  • ► 2016 (1)
    • ► May (1)
  • ► 2014 (3)
    • ► July (2)
    • ► June (1)
  • ► 2013 (11)
    • ► December (4)
    • ► September (1)
    • ► August (1)
    • ► June (1)
    • ► May (4)
  • ► 2011 (11)
    • ► December (1)
    • ► November (1)
    • ► October (5)
    • ► March (1)
    • ► January (3)
  • ▼ 2010 (19)
    • ▼ December (19)
      • Sifat Lelaki Vs Sifat Perempuan
      • Tanda-Tanda Orang Lelaki Merajuk
      • KANSER PAYUDARA LELAKI
      • Kecantikan Lelaki, Kegagahan Wanita
      • Mengapa Berhenti Merokok?
      • BERHENTI MEROKOK
      • LELAKI BERBUAH DADA?
      • 10 perkara yang LELAKI tidak suka tetapi PEREMPUAN...
      • Daus AF8
      • Syarat jadi lelaki gentlemen
      • KELEBIHAN LELAKI PADA AKALNYA
      • Hadiah Terbaik Lelaki
      • 20 Tentang Lelaki Yang Wanita Perlu Tahu
      • Fakta Tentang Lelaki
      • Percutian Ke Melaka
      • DUNIA PERAGAAN BARU
      • Tentang Lelaki
      • Perkara Yang Wanita Perlu Tahu Tentang Lelaki
      • Selamat Datang

Click Me

My Page

Powered by Blogger.

Feedjit

 
Copyright (c) 2010 TENTANG LELAKI. Designed by Conveyancing
High Deductible Health Insurance, Purchase Beats