Assalamualaikum.
Blog ini ditubuhkan adalah untuk dijadikan buku rujukan kepada saya dan kepada sesiapa sahaja sebenarnya, tidak lebih dari itu, dunia blog ini saya jadikan hobi saya di waktu yang lapang sahaja.
Sejarah tertubuhnya blog 'TENTANG LELAKI" ini, pada asalnya saya suka-suka saja, malahan sebelum tu saya sudah mempunyai blog yang lain, jadi blog ni sebagai blog tambahan saja, terbit nya idea untuk tubuhkan blog ini, sebab atas sebab minat saya membaca info2 dan fakta2 tentang lelaki, dijadikan sebagai satu ilmu pengetahuan untuk diri saya, dan disebab kan saya banyak baca buku dan majalah, jadi di situ la bermulanya idea untuk saya tubuhkan blog ini.
setiap info dan fakta saya baca, akan saya simpan di dalam blog ini, bagi memudah kan untuk saya buat rujukan bila perlu, dengan berbuat sebegini, tidak perlu lah saya mencari balik buku-buku dan majalah-majalah yang saya sudah baca. Blog ini saya kongsi kan juga bersama dengan pembaca-pembaca di luar sana bagi menambah sedikit sebanyak tentang info-info lelaki. Bagi saya seorang lelaki, saya juga harus tahu sedikit sebanyak sebagai panduan dalam kehidupan saya.
Mananya datang nama 'TENTANG LELAKI' ?. Ini juga menjadi pertanyaan ramai, sebenarnya keitika itu saya tak tahu nak letak nama apa blog ini, dan disebab kan saya muatkan entry berkenaan lelaki, jadi saya pilihlah untuk menamakan blog ini sebagai 'TENTANG LELAKI'.
Bila tertubuhnya blog ini, ramai tanggapan negetif dari pembaca luar sana, sebab mereka belum lagi buka blog ini dan terus membuat andaian, tetapi itu sedikit pun tidak mematah kan hati saya untuk terus berblog. Bila mereka membaca isi kandungan nya, baru la mereka tahu sebenarnya blog ini.
ini sedikit sebanyak sejarah blog Tentang Lelaki yang saya dapat kongsikan. Tujuan asal saya berblogger ini adalah menjadikan sebahagian dari hobi saya, tidak lebih dari itu, berblog bukan ingin mencari nama dan juga populariti, tetapi berblog untuk suka-suka dan berkongsi maklumat dengan pembaca.
sekian,
Terima kasih,
Ikhlas dari saya
Khai Riz