skip to main | skip to sidebar

Pages

  • Home
  • My Link
  • Profile
  • My Contact

TENTANG LELAKI

http://tentanglelaki85.blogspot.com

Pandangan Umum Mengenai Lelaki

Tweet

dennisoh1

Lelaki…banyak yang kita selalu dengar tentang mereka yang bernama lelaki ni. Dari rumah hinggalah ke tempat-tempat kerja, di kedai-kedai makan dan banyak lagi tempat yang seorang lelaki suka melepak. Mesti setiap dari anda mempunyai pandangan yang berbeza tentang lelaki ni kan. Di sini saya nak kongsikan beberapa pandangan umum mengenai lelaki ni.

1) Seorang yang bernama lelaki itu sentiasa berdaya saing, mereka akan cuba untuk menjadi lebih hebat daripada lelaki-lelaki lain. Mereka yang bernama lelaki ini jarang sekali mudah-mudah untuk mengaku kalah. Contohnya dalam pekerjaan mereka akan sentiasa cuba untuk menjadi lebih baik dari orang lain. Mereka akan berusaha untuk menunjukkan segala kebolehan yang mereka miliki supaya mereka akan sentiasa menjadi yang terbaik. Anda pula bagaimana?

2) Orang lelaki ini sentiasa mempunyai rasa tanggungjawab terhadap terhadap ahli keluarganya terutamanya dari segi kewangan. Mereka akan sentiasa cuba untuk melakukan sebarang kerja di luar rumah dengan bersungguh-sungguh walaupun kerja itu berat untuk dilakukan. Tetapi bila berada dirumah mereka hanya melakukan kerja-kerja rumah dengan tidak cekap dan berat hati dan sentiasa berharap ada orang datang tolong. Betul ke tak ni ye?

3) Mereka melakukan sesuatu kerja kerana mahu menyelesaikan masalah tersebut dan bukan hanya sekadar untuk mendapat pujian dari kerja yang dilakukan. Bagi seorang lelaki jika kerja-kerja yang dilakukan dapat dilakukan dengan sempurna, itulah adalah satu kepuasan bagi mereka. Orang nak bagi pujian itu perkara yang kedua. Kalau tak bagi pujian pun tak apa janji puas dapat siapkan kerja..

4) Bagi lelaki yang mempunyai pasangan mereka selalu merasa bebas untuk mencari pasangan lain. Tapi mereka akan merasa sangat cemas dan bimbang sekiranya pasangan meraka cuba melakukan perkara yang sama. Tak tahu nak cakap macam mana pasal ni. Pandai-pandai la jaga diri..hehe..

5) Lelaki juga sangat mudah untuk merasa sedih jika tapi mereka jarang sesekali mudah untuk menangis. Pandangan luar lelaki kadang-kadang tidak menunjukkan perasaan sebenar dalam diri mereka. Kat luar tengok lain tapi kat dalam hati pula lain. Mereka juga suka memendam perasaan sorang-sorang payah sekali nak berkongsi masalah ni. Kalau berkongsi pun mesti dengan orang yang mereka betul-betul rapat.

6) Mereka selalu bertindak balas mengikut apa yang mereka yang dipandang dan bukannya apa yang didengar. Orang lelaki lebih mudah untuk memahami daripada menghafal. Orang lelaki juga lebih handal dalam matematik. Kalau pasal kira-kira ni terutamanya pasal wang ni serah je kat orang lelaki ye..hehe

7) Orang lelaki ni mempunyai keinginan yang tinggi untuk menghasilkan sesuatu. Dan perasaan ingin tahu mereka dalam sesuatu perkara juga adalah tinggi. Mereka ni lebih aktif, dominan, tidak mudah emosi dan berani tapi agak kurang berminat untuk menolong orang lain..

Semua ini hanya pandangan umum saja mengenai lelaki. Kalau ada yang bersifat negatif tu bukan semua lelaki begitu. Hanya sesetengah saja yang macam tu.  Ianya bukan bersifat kekal kerana ia boleh jadi juga berubah mengikut keadaan masa dan juga tempat. Anda mesti mempunyai pandangan anda sendiri kan? anda juga boleh kongsikan pandangan anda…

Posted by Unknown at Tuesday, October 18, 2011 1 comments Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook

LELAKI DAN KUNCING JANTAN

Tweet

aaa


 

Jika anda mahu MEMAHAMI lelaki, cuba lah baca sampai habis...
Lelaki ini boleh diibaratkan seperti seekor KUCING JANTAN. Mengapa?


1) Kucing jantan suka dibelai.
~ Ya, memang lelaki suka sangat dibelai oleh perempuan, tak kira la awek ke, isteri ke, ibu ke... Memang mereka suka dibelai tetapi AWAS, mereka mungkin akan mencakar anda jika anda mengasarinya. Jadi berlembut la dengan lelaki. Mereka tak suka yang wanita kasar.


2) Kucing jantan kuat makan & cepat lapar
~ Kucing memang kuat makan & akan mudah menjadi cepat lapar. Jadi, paham ajelah, bukan setakat makanan sehariannya aje yang perlu dijaga, "makanan" batinnya juga perlu dicukupkan. Jadi, jagalah makan minumnya. Seorang suami suka masakan isterinya. Kepada yang bertitle Girlfriend, belajarlah masak dari sekarang. Yang bertitle isteri, masak lah untuk suami jika tidak mahu dia mencari lain. Jika tak tahu, belajarlah. Tak sia-sia kalau tambah ilmu rumahtangga ni.


3) Kucing jantan kuat tidur
~ Lelaki memang kuat tidur (tp ada juga yang jenis tak kuat sngt, tp bilangannya amat sikit). Dan kerana itu,bagilah peluang kepada lelaki untuk tidur secukupnya, jika tidak, ada yang akan mengamuk lebih teruk lagi jadi seperti kucing, dia tidak akan mengamuk tetapi akan beralih tempat tidur. Anda mahu suami anda beralih tempat tidurnya ka???? Jadi, jangan kacau time dia tidur.


4) Kucing jantan kuat merayap
~ Lelaki juga sama seperti kucing (selalunya lah). Mereka gemar merayap & melepak, selalunya dengan kawan2 (ni tak sama dengan kucing). tetapi sebagai penjaga kucing, selalunya kita akan melepaskan kucing kita keluar, kerana kita tahu dia akan pulang sendiri. Begitu jugak lelaki. Agak sama kan???
TETAPI, jika kucing mahal/baka baik, selalunya kita akan mengurungnya di dalam sangkar kan. Cuba kita lepaskan dia, confirm dia akan lari sebab dah jumpa kebebasan.
Kesimpulannya, janganlah "kurung" lelaki.


5) Kucing jantan mahal/baka baik makan Friskies, kucing jantan kampung makan ikan lauk nasik
~ Sama cam lelaki, ada lelaki tastenya camni, ada lelaki tastenya camtu. Kita kena faham taste lelaki itu dahulu, sebelum kita buat satu relationship dengan dia. Kite kena saling memahami.


6) Kucing jantan tak suka dipaksa
~ Ermmm, ni memang sangat2 betul. Sama cam lelaki, lelaki ni amat pantang dipaksa. Dia paksa tak ape, (tengok kucing, dia akan mengiow kat tuannya selagi tak dapat makanan). Macam kucing, kita takleh paksa dia tidur, takleh paksa dia makan & takleh peluk dia dengan paksa. Nanti kena cakar babe!!! Janganlah memaksa lelaki. Bagi dia space dia tp dalam masa yang sama pantau. Jangan sampai dia main kayu 3 plak.


7) Kucing jantan ada perasaan ingin tahu (curiosity)
~ Kalau kucing suka melihat benda-benda pelik dan lari untuk memegangnya, samalah dengan lelaki. Mereka suka mencuba benda yang baru dan benda yang tak pernah mereka rasa.Tengok sahaja Mat Gian, lebih 85% adalah org lelaki. Lelaki ni kan ada otak kan.... Lu pikirlah sendiri mana yang baik dgn yang buruk kan.


8) Kucing jantan akan merebut kawasan mereka
~ Ini selalu dalam kes lelaki samseng la ataupun Along. Nak rebut2 kawasan. Mereka nak tunjuk ego mereka. Biasa lah lelaki ni mesti nak tunjuk ego mereka. Layan!!!!


9) Kucing jantan ada yang ego/buat bolayan kat tuannya/org sekeliling
~ Kucing juga ada ego mereka. Tengok kalau kita panggil ia, "miow, miow mari sini", (kalau time ia tak lapar), mampus ia nak datang kat kita. (lainlah kalau memang kucing tu dengar kata/educated). Kalu kita kejar, ia akan lari. Macam lelaki jugak, makin dikejar, makin dia nak lari dari kita. Nama pun lelaki, mereka takkan nak tunduk,lebih2 lagi kepada perempuan. For sure anda kenal lelaki anda, guna
la bermacam cara untuk lembutkan hati mereka. Tapi bukan minta mereka tunduk dengan kita ya.. Mereka perlu dihormati.


10) Kucing jantan takkan pernah setia kat seekor kucing betina
~ Kalau diikutkan ini tak berapa sama, tp ada persamaannya. Ikut kajian, hampir 78% (berdasarkan majalah Cleo keluaran bila ntah), lelaki takkan akan kahwin dengan girlfriend pertama dia (pls note: secara specificnya bukan cinta pertama tp first girlfriend pertama dia). Begitu juga dengan lelaki yg modern (of coz) dan bkn yang conservative, selalunya tidak akan berkahwin dgn first girlfriend dia. Tetapi ada juga la species lelaki yang memang setia pada yang satu dari girlfriend pertama & jenis taknak tukar-tukar girlfriend/isteri (yang tu tak ikut perangai kucing la)

Posted by Unknown at Tuesday, October 18, 2011 4 comments Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook

TERIMA KASIH ABG BEN ASHAARI.

Tweet

 

abg ben

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Di kesempatan ini TL ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada blogger yg femes Abg Ben Ashaari, kerana telah memeilih blog TL ni terpilih dalam 5blog pilihan Abg Ben.

Kepada Abg Ben, bukan TL x hargai apa yang telah Abg ben buat, Tapi masa tuk mengupdate tu yang xada..tapi sebelum ni dah di beritahu di blog TL lagi satu…dalam entry salam jumaat..

Walauapapun, TL tetap berbangga kerana blog TL terpilih, entah kenapa malam tu TL tergerak hati nak buka blog Abg Ben, bila TL buka je TL terkejut bila tgk ni…nak tau KLIK la DI SINI.

Memang betul blog TL ni dah lama dah x berupdate hehe, maklum la bz memanjang katannya..lg pun TL ada lg satu blog personal, so TL habis masa kat blog yang lagi satu je yg namanya My Life Story , so kalau ada masa sudi2 la singgah k…

Ok la…cukup disini sahaja k…..selagi lagi jutaan terima kasih dari TENTANG LELAKI kepada ABG BEN…dengan harapan agar Abg Ben .teruskan perjuangan dalam membantu blogger2 yang baru nak naik dan yang baru nak tebarkan sayapnya..hehehe

Assalamualaikum dan jumpa lg….

Posted by Unknown at Friday, October 14, 2011 0 comments Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook

10 FAKTA LELAKI YG PERLU ANDA KETAHUI

Tweet

lelaki hensem perkasa1

1.  Jika mreka berkmpul lbih dri 3 org,mrk akn berckap mengenai sukan   berbanding mengenai teman wanita.


2. Lelaki menyukai sentuhan! mengapa tdak, ada sentuhan yg tdak blh  disampaikan menerusi kata..


3. 58% lelaki sependapat bhwa wanita yg bijak lebih seksi drpd wanita yg memiliki tbuh bdn yg menggoda.


4. Jumlah sperma seseorg lelaki akn berkurgn seiring dgn peningkatan usia.


5. Lelaki sejati tdk akn tertarik lgsung untk bergaul dgn lelaki gay.


6. Lelaki yg mempunyai rmbut tebal dan lebat menunjukkn dia seorng lelaki yg berani dan keras hati


7. 88% lelaki mengakui tidk faham perlakuan dan bahsa tubuh yg cuba disampaikan oleh pasangan mereka.


8. lelaki yg gemar meletakkan kedua2 tgannya di dalam poket seluar ketika berbicara dikatakan mempunyai thap keegoan yg tggi.


9. 49% lelaki akan berdengkur ketika tidur berbanding wanita iaitu hny 22%.

10. sedarkh kamu bhwa lelaki plg kurang menuturkan perkataan 'saya' berbanding wanita.

Posted by Unknown at Thursday, October 13, 2011 4 comments Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook

Lelaki Juga Mahu Badan Yang Ideal

Tweet

 

Pemakanan seimbang, senaman bantu lelaki miliki badan ideal

Lelaki Juga Mahu Miliki Badan Sasa

Lelaki Juga Mahu Miliki Badan Sasa

BAGAIKAN lumrah dalam diari kehidupan wanita untuk mengamalkan diet. Pantang ditegur mengenai perubahan saiz badan, mulalah menggelabah untuk berbuat sesuatu semata-mata tidak mahu digelar si gemuk.

Bagaimana pula senario dunia lelaki? Tentunya isu panas membabitkan berat badan bermain dalam fikiran lelaki terutama jejaka yang menitik beratkan penampilan. Namun, suasananya mungkin berbeza dengan faktor realistik menjadi teras dalam alaman diet seimbang.

Lelaki zaman ini cukup menjaga keterampilan. Bukan saja dalam soal pemilihan pakaian, barangan penjagaan diri mahupun dandanan, lelaki zaman sekarang mahu lebih daripada itu termasuk bentuk badan idaman.

Faktor gemuk diakui menjadi antara penyebab saham pemikat si dara merudum. Desakan ini menyebabkan lelaki berusaha menjadi lebih kurus serta memiliki bentuk badan tegap, berotot dan sasa. Tidak hairan, semakin ramai lelaki bujang berkunjung ke pusat gimnasium selain aktif dalam kegiatan sukan seperti futsal, badminton, bola sepak dan berjoging.

Namun, dalam menghadapi situasi ini, faktor pemakanan harus dititik beratkan untuk menjamin diet seimbang.

Bercerita mengenai diet, pakar nutrisi, Kevin Zahri menyatakan sejauh mana sekalipun amalan berdiet mahupun aktiviti fitnes, amalan pemakanan haruslah seiring dan seimbang. Malah, beliau sentiasa menyebut faktor kualiti berbanding kuantiti.

Bagi pakar nutrisi itu, tidak guna berdiet serta mengambil sesuatu kandungan pemakanan andai tidak peka kandungan makanan yang diambil.

“Tidak bermakna mengamalkan diet sekiranya tidak tahu kandungan makanan yang diambil. Penting untuk kira tahu makanan yang wajar diambil atau dielak,” katanya.

Mengambil contoh dirinya, amalan pemakanan seimbang sentiasa dititikberatkan di sebalik aktiviti sihat serta rutin senaman. Tidak hairan, ramai jejaka cemburu melihat bentuk badan tegap dan ideal miliknya.

Bagi Kevin, beliau sentiasa mengamalkan faktor kualiti berbanding kuantiti. Sambil menambah, dia juga menikmati sesi teh tarik dan menjamu selera seperti orang lain. Apa yang penting, beliau tahu kandungan makanan yang diambil serta kesesuaian pola pemakanan harian.

Selain itu, Kevin tidak berenggang dengan air mineral untuk memastikan kandungan air dalam badan seimbang.

Merujuk prinsip dan pendekatan yang diambil Kevin, nyata amalan diet tidak semestinya memerlukan kita mengorbankan wang ringgit dan masa, sebaliknya impian memiliki bentuk badan ideal dapat digapai melalui teknik serta amalan yang bijak dan praktikal.

Sekiranya bijak meneliti isi kandungan pemakanan selain memilih senaman ideal, apa yang dicita-citakan selama ini akan berhasil. Janganlah pula semangat berdiet sekadar sekerat jalan!

8 tip miliki tubuh sempurna:

  • Pastikan anda tahu kandungan makanan yang diambi.l
  • Elak menahan lapar semata-mata tidak mahu gemuk.
  • Kurangkan kadar sajian makanan yang selama ini menjadi menu tetap.
  • Makan banyak produk bijirin, kekacang, buah-buahan dan sayur-sayuran.
  • Kurangkan penggunaan garam dan gula.
  • Lakukan aktiviti senaman secara berkala.
  • Nikmati gaya hidup sihat seperti beriadah, bersenam serta amalan gaya hidup sihat.
  • Minumlah banyak air terutama air masak sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.

INFO: Langkah penjagaan diet

  • Bagi mengelak berat badan berlebihan, kurangkan pengambilan tenaga dan lemak yang banyak.
  • Tingkatkan penggunaan karbohidrat kompleks dan gula semulajadi daripada 28 peratus kepada 48 peratus
  • Kurangkan pengambilan gula yang diproses daripada 45 peratus kepada 10 peratus daripada keseluruhan jumlah tenaga.
  • Jumlah lemak tidak melebihi jumlah tenaga. Lemak polyunsaturated tidak lebih 10 peratus dan lemak monounsaturated pada kadar 10 peratus hingga 15 peratus.
  • Kurangkan pengambilan kolesterol tidak lebih dari 30mg sehari.
Posted by Unknown at Friday, October 07, 2011 2 comments Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook
Newer Posts Older Posts Home
Powered by Textbook Widget

My Visitor's

Followers

My Time


Archives

  • ► 2016 (1)
    • ► May (1)
  • ► 2014 (3)
    • ► July (2)
    • ► June (1)
  • ► 2013 (11)
    • ► December (4)
    • ► September (1)
    • ► August (1)
    • ► June (1)
    • ► May (4)
  • ▼ 2011 (11)
    • ► December (1)
    • ► November (1)
    • ▼ October (5)
      • Pandangan Umum Mengenai Lelaki
      • LELAKI DAN KUNCING JANTAN
      • TERIMA KASIH ABG BEN ASHAARI.
      • 10 FAKTA LELAKI YG PERLU ANDA KETAHUI
      • Lelaki Juga Mahu Badan Yang Ideal
    • ► March (1)
    • ► January (3)
  • ► 2010 (19)
    • ► December (19)

Click Me

My Page

Powered by Blogger.

Feedjit

 
Copyright (c) 2010 TENTANG LELAKI. Designed by Conveyancing
High Deductible Health Insurance, Purchase Beats