skip to main | skip to sidebar

Pages

  • Home
  • My Link
  • Profile
  • My Contact

TENTANG LELAKI

http://tentanglelaki85.blogspot.com

50 fakta tentang lelaki dan perempuan.:)

Tweet

1. Kebanyakan wanita tidur lebih lama 1 jam daripada lelaki pada waktu malam.
2. Sperma lelaki yang menentukan jenis jantina bayi.
3. Bayi perempuan cenderung lebih cepat berjalan dan bercakap, bayi lelaki 2 bulan lebih lambat.
4. Lebih banyak kehamilan dan kelahiran dengan komplikasi saat mengandung bayi lelaki daripada bayi perempuan.
5. Wanita mempunyai sel darah 1 juta lebih sedikit daripada lelaki dan berat otak lelaki + 1,4 Kg, wanita kurang dari itu.
7. Basikal laki-laki mempunyai setang/palang di tengah basikal.
8. Wanita sangat selalu memikir masalah dan perubahan sehari-hari ( misal : penggunaan alat baru ).
9. Pada tulang punggung manusia, wanita lebih lebar dan besar, mengikuti perkembangan tulang panggul untuk proses persalinan.
Lebih banyak timbunan lemak pada punggong, Lelaki lebih banyak timbunan lemak pada perut.
10. Wanita kurang mampu menahan sejuk disebabkan permukaan kulit yang lebih besar, sehingga lebih suka pada suhu ruang yang lebih hangat.
11. Lelaki lebih suka bicara langsung sesuai tujuannya, sementara pembicaraan wanita terputus-putus dengan keraguan dan perasaan.
Disebabkan serabut penghubung antara belahan otak kanan dan kiri lebih sedikit pada wanita.
Sehingga ekspresi perasaan lebih mudah terjadi pada wanita.
12. Wanita lebih baik indra baunya disebabkan tingginya hormon estrogen yang diketahui sebagai aktivator reseptor bau.
13. Wanita mempunyai 75 % lebih banyak kelenjar keringat/peluh ( yang menghasilkan bau badan ) daripada laki-laki.
14. Kemampuan indra lelaki untuk mengecap rasa masam, manis dan masin lebih rendah pada wanita.
15. Hubungan yang rapat/intim diluar pernikahan, lelaki dua kali lebih banyak.
16. Lebih dari dua kali pada wanita cenderung homoseksual pada usia 45 tahun daripada lelaki
17. Pada saat usia tua wanita mengalami keguguran rambut, pada usia yang sama sebagian besar lelaki mengalami kebotakan.
Kebotakan disebabkan produksi berlebihan dari hormon androgen ( hormon lelaki ).
18. Mata lelaki rata-rata lebih besar daripada wanita, mata wanita lebih banyak bahagian yang berwarna putih.
19. Lebih banyak wanita menggunakan kacamata dan lensa kontak, antara usia 16 - 44 tahun.
20. Secara umum hidung lelaki lebih besar daripada wanita. Sedangkan wanita mempunyai bibir lebih besar dibanding laki-laki.
21. pendengaran lelaki menurun sekitar usia 32, wanita usia 37.
22. Lebih banyak wanita dapat bernyanyi tanpa suara sumbang banding lelaki. suara lelaki lebih panjang dan saluran nafasnya 30 % lebih besar.
23. Bagi Lelaki, jika berkomunikasi dengan sesama jenis saling berjauhan dengan ada ruang antara mereka dan bereaksi negatif jika seseorang masuk di antara ruang jarak pembicaraan. Lelaki lebih mudah tertekan pada kerumunan yang membatasi ruang geraknya.
24. Wanita menghasilkan dua juta sel telur selama hidupnya mulai usia 4 bulan ketika dalam kandungan, lelaki terus mhasilkan sperma hingga usia tua.
26. Kekuatan meramas tangan lelaki dua kali lebih kuat daripada wanita.
27. Kira-kira 48 % lelaki mendengkur ketika tidur, hanya 22 % pada wanita.
28. Wanita biasanya 153 saat berada di toilet, laki-laki 113 saat.
29. Hubungan keluarga yang baik meninggikan kualiti hidup: 62 % wanita, 49 % lelaki.
30. Satu berbanding empat, wanita dibanding lelaki yang berbicara gagap.
31. 30 % wanita secara sexual lebih aktif pada saat bulan purnama.
32. Lebih banyak wanita menggunakan cincin kawin.
33. Ketika terjadi ketidak-sesuaian/ tidak bertegur-sapa antara sesama jenis, lelaki langsung menemui, wanita menjauhi.
34. lelaki membaca lebih lama daripada wanita, tetapi lebih banyak dua kali wanita yang membaca daripada lelaki.
35. Lebih dari dua kali ganda wanita yang hidup sendiri banding lelaki setelah usia 65 tahun.
36. Memilih warna Merah atau Biru: Lelaki lebih banyak memilih merah, wanita warna biru.
37. Semua rekod Olimpik untuk kecepatan berenang, lari, lompat tinggi, lompat jauh dipegang atlet lelaki.
38. Wanita lebih banyak menggunakan kata ganti diri "Saya" berbanding lelaki.
39. Lelaki lebih baik dalam membaca peta dan dalam keahlian ukur ruang. Lelaki cenderung lebih mudah melakukan dua pekerjaan (abstrak dan logik ) pada waktu bersamaan.
40. Dalam 99 % pereputan tulang terjadi pada wanita setelah menopause, setelah hormon estrogen menurun. Tetapi wanita lebih sedikit mengalami pengerasan
pembuluh darah, karena estrogen menjaga pembuluh darah lebih lentur dan menolong mencegah naiknya kholestrerol.
41. Penelitian di Amerika, wanita menggunakan waktu hampir dua kali lebih banyak untuk berbelanja dibanding lelaki.
42. Perkawinan yang memuaskan lebih banyak terjadi pada lelaki dengan usia lebih tua, dibanding pada wanita pada usia sama.
43. Lebih banyak wanita yang menyatakan dirinya sakit kronik daripada lelaki.
44. Penelitan di Australia, tiga kali ganda lelaki berbanding wanita yang meninggal kerana kanser paru-paru dan penyakit jantung.
45. Tetapi 2446 wanita berbanding 16 lelaki yang meninggal karena kanser payudara pada tahun 1990.
46. Dalam status perkawinan, lelaki meningkatkan usia harapan hidup. Tetapi bagi wanita pula, usia harapan hidup lebih tinggi jika hidup sendiri.
47. Penelitian di Australia, pembunuhan dilakukan 86 % oleh lelaki, 95 % penghuni penjara adalah lelaki.
48. Penelitian di England, anak lelaki lebih mudah dibohongi /dipedaya daripada anak perempuan.
49. Wanita lebih berani, lebih dari 55 % wanita memeriksakan giginya secara rutin dibanding 40 % pada lelaki.
50. Wanita secara umum yang lebih menentukan corak dan gaya pakaian yang dipakai.

Posted by Khairiz at Monday, December 19, 2011
Reactions: 
4 comments Email This BlogThis! Share to Twitter Share to Facebook

10 Perkara yang Paling Tidak Disukai Lelaki

Tweet

images

RAUT WAJAH TIADA REAKSI, KELIHATAN BERSAHAJA DAN MENGANGGUK-ANGGUK. TIDAK MENANDAKAN SEORANG LELAKI ITU SUKA ATAUPUN BERSETUJU. MUNGKIN TIDAK NAMPAK PADA LUARAN TETAPI BAGAIMANA DALAMANNYA? SALAH CUCUK, MERBAHAYA! JOM KETAHUI 10 PERKARA YANG PALING TIDAK DISUKAI OLEH KAUM ADAM.

Cepat Berubah Fikiran
Mula-mula kata suka, selepas itu cakap cuma kawan. Kemudian suka balik, nanti kata tidak sehaluan. Lelaki memang tidak gemar gadis yang tidak tetap pendirian dan cepat berubah fikiran. Membandingkan Diri Dengan Orang Lain Kalau lelaki itu meminati seseorang perempuan, nescaya dia tidak akan memandang pada gadis lain. Tidak perlulah konon-konon cuba memperkenalkannya dengan gadis lain. “Ha! Yang itu cantik, yang ini lawa.”

Bercanggah Pendapat
Mungkin kedengaran seperti berat sebelah tetapi sebagai pasangan perlulah sentiasa menyokong ideologi dan pendapatnya kerana sesetengah lelaki amat tidak gemar bercanggahan pendapat dengan mereka.

Terlupa Temu Janji
Lelaki pun boleh menjadi sensitif. Kalau sudah berjanji janganlah sesekali melupakannya. Percayalah! Kalau terlupa, si dia pasti akan rasa seperti tidak dihargai dan tidak penting.

Riak
Apa baiknya seseorang itu berperangai riak, bukan? Lelaki memang tidak gemar pasangannya bercakap gah. Dalam diam, sidia berkemungkinan akan rasa tidak setaraf dengan kamu.

Soal Berat Badan
Memang sudah hampir menjadi lumrah, lelaki memang kuat makan. Kalau bab makan lelaki memang akan  berkira. Jika seorang lelaki itu makan dalam jumlah yang banyak, tidak perlu rasanya hendak berceritatentang penjagaan badan, lemak, kolesterol dan sebagainya.

Pura-Pura Tidak Tahu
Hindarilah sifat atau perangai kuat berpura-pura. Tidak kiralah sama ada berpura-pura manja, gedik ataupun berpura-pura tidak tahuapabila si dia bertanyakan sesuatu. “Siapa? Robert Pattinson? Siapa tu? Tak kenal la...”

Malas Membuat Keputusan
Walaupun kebiasaannya sang arjuna yang akan membuat keputusan tetapi apabila dia bertanyakan cadangan,  apa salahnya kamu memutuskan jawapan. Bila sesekali keputusan yang bernas diberi, lelaki mungkin menjadi semakin sayang. Janganlah asyik berkata, “Awak pilihlah. Entah, saya tak tau...”

Kurang Sopan
Tanya sahaja kepada mana-mana lelaki, semestinya si dia tidak akan memilih  pasangan yang kurang sopan. Jikalau ada sifat pemarah, cubalah belajar mengawalnya. Mungkin ada sesetengah lelaki jenis yang memahami. Tetapi kalau  dapat jenis yang tidak boleh bertolak ansur bagaimana?

Posted by Khairiz at Friday, November 04, 2011
Reactions: 
5 comments Email This BlogThis! Share to Twitter Share to Facebook

Pandangan Umum Mengenai Lelaki

Tweet

dennisoh1

Lelaki…banyak yang kita selalu dengar tentang mereka yang bernama lelaki ni. Dari rumah hinggalah ke tempat-tempat kerja, di kedai-kedai makan dan banyak lagi tempat yang seorang lelaki suka melepak. Mesti setiap dari anda mempunyai pandangan yang berbeza tentang lelaki ni kan. Di sini saya nak kongsikan beberapa pandangan umum mengenai lelaki ni.

1) Seorang yang bernama lelaki itu sentiasa berdaya saing, mereka akan cuba untuk menjadi lebih hebat daripada lelaki-lelaki lain. Mereka yang bernama lelaki ini jarang sekali mudah-mudah untuk mengaku kalah. Contohnya dalam pekerjaan mereka akan sentiasa cuba untuk menjadi lebih baik dari orang lain. Mereka akan berusaha untuk menunjukkan segala kebolehan yang mereka miliki supaya mereka akan sentiasa menjadi yang terbaik. Anda pula bagaimana?

2) Orang lelaki ini sentiasa mempunyai rasa tanggungjawab terhadap terhadap ahli keluarganya terutamanya dari segi kewangan. Mereka akan sentiasa cuba untuk melakukan sebarang kerja di luar rumah dengan bersungguh-sungguh walaupun kerja itu berat untuk dilakukan. Tetapi bila berada dirumah mereka hanya melakukan kerja-kerja rumah dengan tidak cekap dan berat hati dan sentiasa berharap ada orang datang tolong. Betul ke tak ni ye?

3) Mereka melakukan sesuatu kerja kerana mahu menyelesaikan masalah tersebut dan bukan hanya sekadar untuk mendapat pujian dari kerja yang dilakukan. Bagi seorang lelaki jika kerja-kerja yang dilakukan dapat dilakukan dengan sempurna, itulah adalah satu kepuasan bagi mereka. Orang nak bagi pujian itu perkara yang kedua. Kalau tak bagi pujian pun tak apa janji puas dapat siapkan kerja..

4) Bagi lelaki yang mempunyai pasangan mereka selalu merasa bebas untuk mencari pasangan lain. Tapi mereka akan merasa sangat cemas dan bimbang sekiranya pasangan meraka cuba melakukan perkara yang sama. Tak tahu nak cakap macam mana pasal ni. Pandai-pandai la jaga diri..hehe..

5) Lelaki juga sangat mudah untuk merasa sedih jika tapi mereka jarang sesekali mudah untuk menangis. Pandangan luar lelaki kadang-kadang tidak menunjukkan perasaan sebenar dalam diri mereka. Kat luar tengok lain tapi kat dalam hati pula lain. Mereka juga suka memendam perasaan sorang-sorang payah sekali nak berkongsi masalah ni. Kalau berkongsi pun mesti dengan orang yang mereka betul-betul rapat.

6) Mereka selalu bertindak balas mengikut apa yang mereka yang dipandang dan bukannya apa yang didengar. Orang lelaki lebih mudah untuk memahami daripada menghafal. Orang lelaki juga lebih handal dalam matematik. Kalau pasal kira-kira ni terutamanya pasal wang ni serah je kat orang lelaki ye..hehe

7) Orang lelaki ni mempunyai keinginan yang tinggi untuk menghasilkan sesuatu. Dan perasaan ingin tahu mereka dalam sesuatu perkara juga adalah tinggi. Mereka ni lebih aktif, dominan, tidak mudah emosi dan berani tapi agak kurang berminat untuk menolong orang lain..

Semua ini hanya pandangan umum saja mengenai lelaki. Kalau ada yang bersifat negatif tu bukan semua lelaki begitu. Hanya sesetengah saja yang macam tu.  Ianya bukan bersifat kekal kerana ia boleh jadi juga berubah mengikut keadaan masa dan juga tempat. Anda mesti mempunyai pandangan anda sendiri kan? anda juga boleh kongsikan pandangan anda…

Posted by Khairiz at Tuesday, October 18, 2011
Reactions: 
1 comments Email This BlogThis! Share to Twitter Share to Facebook
Older Posts

My Main Blog

  • My Life Story
    Aku pun kena…. - Assalamualaikum dan salam sejahtera. Aku ingat kan kawan aku je yang kena camni, aku pun sama juga kena, haishh!! x leh jadi nih….hairan la juga kan? ...
    2 weeks ago

wibiya widget

Click Me

My Time


Followers

My Latest Post

get this widget here

My Page

Powered by Blogger.

Comment Me

Friend Visit

Archives

  • ▼ 2011 (11)
    • ▼ December (1)
      • 50 fakta tentang lelaki dan perempuan.:)
    • ► November (1)
      • 10 Perkara yang Paling Tidak Disukai Lelaki
    • ► October (5)
      • Pandangan Umum Mengenai Lelaki
      • LELAKI DAN KUNCING JANTAN
      • TERIMA KASIH ABG BEN ASHAARI.
      • 10 FAKTA LELAKI YG PERLU ANDA KETAHUI
      • Lelaki Juga Mahu Badan Yang Ideal
    • ► March (1)
      • Kesan Soya terhadap Lelaki
    • ► January (3)
      • Lelaki Oh Lelaki....
      • Hukum Hisap Shisha
      • Jenis wanita dielak lelaki
  • ► 2010 (19)
    • ► December (19)
      • Sifat Lelaki Vs Sifat Perempuan
      • Tanda-Tanda Orang Lelaki Merajuk
      • KANSER PAYUDARA LELAKI
      • Kecantikan Lelaki, Kegagahan Wanita
      • Mengapa Berhenti Merokok?
      • BERHENTI MEROKOK
      • LELAKI BERBUAH DADA?
      • 10 perkara yang LELAKI tidak suka tetapi PEREMPUAN...
      • Daus AF8
      • Syarat jadi lelaki gentlemen
      • KELEBIHAN LELAKI PADA AKALNYA
      • Hadiah Terbaik Lelaki
      • 20 Tentang Lelaki Yang Wanita Perlu Tahu
      • Fakta Tentang Lelaki
      • Percutian Ke Melaka
      • DUNIA PERAGAAN BARU
      • Tentang Lelaki
      • Perkara Yang Wanita Perlu Tahu Tentang Lelaki
      • Selamat Datang

Feedjit

 
Copyright (c) 2010 TENTANG LELAKI. Designed by Conveyancing
High Deductible Health Insurance, Purchase Beats, Download Marketing Pictures