skip to main | skip to sidebar

Pages

  • Home
  • My Link
  • Profile
  • My Contact

TENTANG LELAKI

http://tentanglelaki85.blogspot.com

Batu Karang Penyakit Lelaki?

Tweet
BATU karang adalah satu masalah yang kerap ditemui dan boleh berlaku kepada setiap seorang daripada 10 orang.
Risiko untuk mendapat batu karang adalah lima hingga 10 peratus dan kemungkinan seorang hingga dua orang setiap 1,000 orang dalam populasi akan mengalami sakit akibat batu karang.
Kejadian batu karang kerap berlaku kepada pesakit berusia 30 hingga 50 tahun.
Pabila berbincang berkenaan penyakit batu karang, rata-rata pesakit yang kita kenali di sekeliling kita ialah lelaki.
Pelik tapi benar, berdasarkan kajian, penyakit batu karang sememangnya lebih mudah menyerang lelaki berbanding wanita.
Nisbah sebanyak tiga orang lelaki bagi setiap seorang wanita mempunyai masalah batu karang.
Menurut Pakar Perunding Urologi Hospital Pantai Kuala Lumpur, Dr. Suresh Sabaratnam, masalah batu karang lebih cenderung menyerang lelaki atas beberapa faktor terutamanya gaya hidup mereka.
“Antara punca lelaki senang terkena penyakit batu karang adalah kerana gaya hidup yang dilalui selama bertahun-tahun tanpa mereka sedari mengganggu sistem buah pinggang.
“Gaya hidup lelaki yang membuatkan mereka lebih senang untuk obes dan juga gaya pemakanan yang tidak seimbang antara puncanya.
“Lelaki boleh dikatakan kurang mengambil air kosong seperti yang disarankan setiap hari lalu menyebabkan berlaku penghidratan.
“Malah, mereka kurang melakukan senaman bagi mengekalkan gaya hidup sihat,” terangnya ketika ditemui baru-baru ini.
Ujarnya lagi, ia tidak ada kaitan dengan hormon masing-masing yang berbeza.
Ada kajian turut menyatakan lelaki lebih berisiko mempunyai masalah batu karang kerana jumlah otot yang lebih besar berbanding wanita.
Kerosakan pada tisu otot setiap hari menyebabkan penambahan pembuangan metabolisme dan kecenderungan pembentukan batu.
Saluran urin yang kompleks berbanding wanita juga dikatakan antara punca kecenderungan tersebut.
Sambung Dr. Suresh, apa yang penting tidak kira lelaki atau perempuan perlu mengubah gaya hidup mereka ke arah yang lebih sihat.
“Namun, kebelakangan ini bilangan wanita menghidap masalah ini turut bertambah disebabkan diet mereka,” ujarnya.
Risiko lain antaranya sejarah keluarga yang menghidap masalah sama, hipertensi, gout, lumpuh, penyahidratan, masalah metabolisme, kekurangan sitrat pada urin dan cuaca panas.
Pekerjaan yang kurang melibatkan pergerakan seperti kerja yang duduk sahaja di pejabat atau individu yang jarang bersenam atau lama terlantar lebih berisiko tinggi.
Ini kerana aktiviti fizikal yang terhad menyebabkan tulang mengeluarkan lebih kalsium ke dalam darah.

Pencegahan dan rawatan

Jelas Dr. Suresh, batu karang adalah masalah kesihatan yang boleh dicegah dengan melakukan sedikit perubahan pada gaya hidup.
Selain itu setiap orang juga disaran menjalani tiga ujian mudah iaitu ujian air kencing dan darah serta pemeriksaan tekanan darah bagi memastikan buah pinggang dalam keadaan normal terutamanya mereka yang mempunyai sejarah keluarga menghidap batu karang.
Melalui tiga ujian berkenaan, perubahan fungsi atau kerosakan buah pinggang dapat dikesan pada peringkat awal dan boleh dirawat segera.
Bagi individu yang mengalami masalah batu karang, anda digalakkan minum banyak air masak untuk membersihkan air kencing dan elakkan minuman manis terutama air berkarbonat.
Kekurangan vitamin B6 dan potasium menyebabkan pembentukan batu karang. Makanan seperti barli, kentang, keledek, berasaskan tepung gandum, kubis bunga dan pisang dapat mengatasi masalah ini.
Elakkan makanan kaya asid oksalik seperti tomato, bayam, lobak merah, daging, strawberi, koko, coklat dan teh.
Kurangkan pengambilan garam dan gula termasuk ikan masin, jeruk dan coklat serta banyak makan sayur-sayuran dan buah-buahan kaya serat.
Sumber protein haiwan perlu dikurangkan sebaliknya menggantikannya dengan protein tumbuh-tumbuhan.
Rawatan penyakit ini berbeza mengikut keadaan kes itu. Jika batu-batu ini dapat keluar dengan spontan maka ubat yang diambil dapat mengelakkan masalah ini berulang.
Apabila batu itu keluar, pesakit hendaklah menyimpannya untuk dibuat kajian supaya para doktor dapat menentukan punca terjadinya batu tersebut dan boleh pula membantu dalam rancangan perubatan.

Ditapis

Batu ini boleh ditapis melalui kencing dengan penapis teh atau kertas turas seperti penapis kopi.
Batu karang asid urik dan systine dapat dihancurkan melalui ubat-ubatan.
Dalam kes-kes yang lebih serius, apabila batu itu terlalu besar untuk dikeluarkan sendiri dan memudaratkan pesakit, pembedahan perlu dilakukan.
Penyakit ginjal ini memerlukan rawatan sepanjang hayat dan jika ianya tersekat dan berlakunya perebakan kuman, ginjal atau buah pinggang tidak akan berfungsi lagi.
“Ia adalah masalah biasa dihidapi tetapi ramai yang tidak sedar mengenainya.
“Hampir semua hospital kerajaan dan swasta di Malaysia mempunyai peralatan dan cara merawatnya.
“Jika anda mempunyai sejarah keluarga yang menghadapi masalah batu karang ataupun berdepan dengan tanda-tandanya, segeralah bertemu dengan pakar,” saran Dr. Suresh yang turut merasakan rawatan alternatif tidak baik untuk jangka masa panjang.
Posted by Unknown at Friday, December 20, 2013 0 comments Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook

Bersenam Yang Anda Perlu Tahu

Tweet

Sudahkah anda bersenam pada hari ini? Malas? Jangan begitu, senaman mempunyai banyak faedahnya kepada kesihatan dan kecantikan tubuh badan. Tidak perlulah melakukan senaman secara ekstrem. Memadai dengan meluangkan masa hanya 20 minit sehari. Cuba semak info kat bawah ni….mana la tau kan lepas ni hati terbuka plak untuk senaman…terdapat 15 perkara mengenai bersenam yang korang harus tau...termasuk lah untuk diri sendiri hehe.
1) Senaman Kuatkan Tulang
Selain daripada melakukan latihan ‘weight bearing’, anda juga boleh melakukan aktiviti yang mampu mendorong otot dan tulang untuk menyokong berat badan daripada pelbagai sudut arah yang berbeza. Menurut Monica Klungland Torstveit, peneliti dari Norwegian University of Sport and Physical Education, Oslo, gerakan yang ‘tidak biasa’ sangat baik untuk menguatkan tulang. Jadi, daripada melakukan latihan yang sama setiap hari, cubalah pelbagaikan latihan anda. Contohnya, mendaki pada dataran yang tidak rata lebih baik berbanding berjalan di atas jalan yang rata.
2) Punyai Lengan Yang Kuat
Jika ingin memiliki lengan yang kuat dan berotot, lakukanlah ‘funtional exercise’. Caranya, satu tangan bertumpu pada kerusi sementara tangan yang lain menggenggam ‘dumbell’ lurus di sisi tubuh. Angkat dumbbell, tarik siku ke belakang sehingga lengan atas selari dengan lantai. Menurut Paul Chek, pengasas Corrective High-performance Exercise di Kinesiology Institute, California, latihan ini merupakan gerakan ideal yang bukan hanya melatih otot dan bahu tetapi juga punggung dan seluruh tubuh badan.
3) Bersenam Tingkatkan Prestasi Kerja
American College of Occupational and Environmental Medicine di Arlington Height, Illinois, Amerika Syarikat mendapati bahawa pegawai pelbagai jenis pekerjaan yang aktif secara fizikal mempunyai prestasi kerja yang lebih baik berbanding rakan-rakan mereka yang tidak bersenam. Ini bermakna, lebih sihat tubuh badan anda, lebih tinggi tahap prestasi kerja anda. Sebaliknya, mereka yang berbadan gemuk lebih sukar untuk bergaul dengan rakan sekerja dan ini secara tidak langsung akan menjejaskan prestasi kerja. Agar kesihatan tubuh badan berada di tahap yang memuaskan, anda perlu sentiasa bersenam.
4) Senaman dalam air kurangkan risiko cedera
Tak pandai berenang? Bukan halangan untuk tidak berada di dalam air. Banyak aktiviti yang boleh anda lakukan di dalam air seperti melompat-lompat, berlari, atau berjalan-jalan. Efeknya sama seperti anda melakukan aerobik. Aktiviti ini juga sesuai untuk orang yang memiliki masalah berat badan, penyakit sendi, dan wanita hamil sekalipun. Keadaan air yang tanpa tekanan dapat mengurangkan risiko cedera yang kadang kala boleh berlaku di darat.
5) Pecahkan Masa Latihan Lebih Baik
Jika selama ini anda biasa berlatih satu sesi selama 30 minit, cubalah ikuti saranan yang dibuat oleh pakar dari Universiti Missouri, Amerika Syarikat, iaitu memecahkan latihan tersebut menjadi tiga sesi, masing-masing 10 minit. Penelitian membuktikan bahawa latihan dalam beberapa sesi pendek ternyata dapat mengurangkan kadar ‘trigliserid’ (salah satu unsur lemak di dalam darah) lebih banyak dibandingkan latihan dalam satu sesi yang panjang.
6) Bersenam Turunkan Risiko Kanser Usus
Rutin senaman memang merupakan salah satu pertahanan terbaik terhadap serangan penyakit. Bersenam sekurang-kurangnya 20 minit, sekali hingga empat kali seminggu dapat menurunkan risiko terkena kanser usus besar sehingga hampir 50 peratus. Fakta ini diperolehi daripada hasil kajian yang dilakukan oleh ‘Monash Medical School’ di Australia.
7) Yoga Seimbangkan Hormon Dalam Badan
Yoga terbukti mempunyai banyak kelebihan kepada tubuh badan. Dengan yoga, sistem peredaran darah dapat diperbaiki dan hormon di dalam tubuh badan menjadi lebih seimbang. Gerakan-gerakan yoga membantu sistem fizikal dalaman berfungsi lebih baik dan seterusnya menjadikan tubuh badan seseorang lebih terbentuk dan langsing. Selain daripada mencantikkan tubuh badan, yoga juga membuatkan kulit kelihatan lebih berseri-seri. Semuanya kerana hormon yang seimbang dan darah yang mempunyai bekalan oksigen yang mencukupi. Kulit yang mendapat bekalan oksigen mencukupi tidak akan menghadapi masalah kekeringan dan hilang keanjalannya. Malah, ia juga memperbaiki otot-otot wajah dan leher. Bagi yang menghadapi masalah perut buncit, yoga boleh membantu mengatasi malah ini. Bagaimanapun, lakukannya secara rutin.
8) Bersenam Kurangkan Risiko Barah Prostat
Apabila usia kian meningkat, tidak kira wanita atau lelaki mudah terdedah kepada pelbagai penyakit berbahaya jika tidak mengamalkan pemakanan seimbang dan rutin senaman. Jika wanita berisiko mendapat penyakit barah payudara dan rahim, lelaki pula mudah terdedah kepada penyakit prostat. Prostat terletak di bahagian bawah pundi kencing, prostat mengelilingi utera iaitu saluran yang mengeluarkan urin (air kencing) atau air mani daripada badan. Apabila prostat menjadi besar ia akan menekan uretera dan menyebabkan pengeluaran kencing terhalang. Tanda prostat semakin membesar termasuk susah kencing, sakit ketika kencing dan kerap kencing terutama waktu malam. Antara langkah pencegahannya ialah bersenam secara tetap, berjalan laju kerana ini baik untuk prostat. Selain itu, banyakkan minum air. Kurangkan pengambilan lemak tepu dan makan lebih buah-buahan dan sayur-sayuran.
9) Berkuda Juga Membakar Lemak
Menurut American Council On Exercise, berkuda merupakan olahraga yang bagus untuk melatih keseimbangan. Fleksibiliti, kekuatan dan kesihatan kardiovaskular sekali gus. Berkuda dengan teknik yang benar dan dilakukan secara teratur membuat otot paha, perut, punggung, betis dan lengan lebih kuat dan kencang. Malah, kalori yang terbakar per jam juga cukup banyak. Biar pun kuda yang ditunggang hanya menghentak-hentak perlahan, sebanyak 428 kalori akan hilang pada setiap jam. Sebaliknya, sebanyak 526 kalori per jam dapat dibakar sekiranya kuda anda bergerak pantas.
10) Berlari 8 Jam Seminggu Elak Kanser Prostat
Olahraga dan senaman mampu mengelakkan lelaki dari diserang penyakit prostat. Kajian oleh Universiti Harvard terhadap 17 ribu alumninya menunjukkan, senaman seperti berlari 8 jam setiap minggu mampu menurunkan risiko gangguan prostat. Oleh yang demikian, perhatikan diet anda kerana lelaki Asia dikatakan berkemungkinan lebih besar diserang gangguan prostate berbanding lelaki Barat kerana pemakanan mereka mengandungi lebih banyak lemak dan kolesterol yang akan mendorong pembesaran prostat. Selain senaman, lelaki juga perlu membanyakkan pengambilan buah-buahan dan sayuran dalam diet.
11) Bakar Kalori Dengan ‘Kickboxing’
Menurut Michele Olson Ph.D, yang pernah meneliti jenis olahraga bela diri, ‘kickboxing’ dapat membakar 240 kalori untuk setiap jam, atau bersamaan dengan aktiviti berjalan kaki dan berlari. Gerakannya pantas dan kuat bertenaga dapat meningkatkan refleks, koordinasi otak, dan ketahanan tubuh secara menyeluruh. ‘Kickboxing’ juga berupaya membentuk badan yang cantik dan kuat serta bertindak sebagai pelindung keselamatan diri.
12) Bersenam Untuk Kepuasan Seksual
Berjalan pantas untuk tiga jam seminggu mengurangkan risiko penyakit jantung sebanyak 40 peratus. Wanita yang melakukan senaman secara berterusan mengurangkan risiko barah payudara sehingga 60 peratus, dua pertiga daripada mereka yang melakukan senaman mengatakan mereka berasa lebih ‘tenang’ selepas melakukan senaman. Selain itu, 25 peratus wanita yang bersenam lebih mudah mencapai orgasme berbanding wanita yang tidak melakukan senaman, satu kesan yang dipercayai disebabkan oleh ‘otot abdomen yang kuat’. Begitu juga dengan lelaki, mereka yang selalu bersenam dapat meningkatkan kepuasan seksual.
13) Kelebihan ‘Step Aerobic’
Seperti latihan aerobik lain, ‘step aerobic’ ternyata berkesan membakar kalori dan melatih jantung. Jika dibandingkan dengan senamrobik biasa, ‘step aerobic’ juga boleh membantu meningkatkan kadar HDL (kolesterol baik). Fakta ini direkodkan di dalam Journal of Sports Medicine and Physical Fitness. Kajian oleh Baskent University ini dilakukan pada 45 pelajar wanita di Turki, yang dibahagikan kepada tiga kumpulan. Kumpulan pertama mengikuti kelas ‘step aerobic’, kedua melakukan senamrobik biasa selama 45 minit tiga kali semingu dan kumpulan yang ketiga melakukan aktiviti biasa. Hasil kajian mendapati kadar HDL mereka yang melakukan ‘step aerobic’ meningkat, walaupun perbezaannya tidak terlalu ketara dengan kumpulan yang melakukan senamrobik biasa.
14) Menari menguatkan tulang
Aktiviti ini bukan sahaja unik, tetapi juga lengkap. Selain bersifat aerobik, menari juga boleh dianggap sebagai latihan beban. Seperti latihan aerobik, menari mampu membuatkan keupayaan jantung berfungsi dengan lebih baik. Sebagai latihan beban, gerakannya akan menguatkan tulang dan mengencangkan otot paha belakang, punggung, perut dan pinggul. Dengan ini, postur badan anda akan kelihatan lebih cantik.
15) Guna Dumbell Untuk Dapatkan Tubuh Yang Cantik
Latihan menggunakan dumbell merupakan cara yang terbaik untuk menurunkan berat badan. Bukan itu sahaja, ia juga membentuk otot-otot badan supaya kelihatan menarik. Penggunaan ‘dumbell’ sudah terbukti dapat membuatkan tubuh tegap dan cantik. Malah, kadar metabolisme dalam badan turut meningkat setelah anda melakukan senaman ini dan ia mampu bertahan sehingga 24 jam. Ketika inilah tubuh badan akan membakar kalori dengan lebih efektif daripada selalu. Selain itu, latihan ini juga mampu membentuk kepadatan tulang dan ini mengurangkan risiko osteporosis.
sumber : info sihat
Posted by Unknown at Friday, December 20, 2013 0 comments Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook

6 Punca Resdung

Tweet
  • Alahan.  Iaitu terhadap jenis makanan tertentu, habuk, parasit (demodex) dan kutu.
  • Apabila anda mengalami alahan, daging yang bertindak sebagai penapis udara didalam hidung akan membengkak. Seterusnya, ia menyebabkan pergerakan udara tak dapat dikeluarkan. Kalau udara tu tak dapat keluar, ia pastinya akan terkumpul kat dalam tu. Kesannya, kulat akan tumbuh dan kawasan dalam hidung menjadi semakin membengkak. Anda yang pernah mengalaminya pasti tahu tahap kesakitannya.
  • Struktur hidung yang tidak normal, yang mungkin diakibatkan oleh tulang hidung retak atau patah ketika kemalangan boleh menyebabkan seseorang mendapat penyakit resdung. Bagi sesetengah orang yang mempunyai struktur tulang hidung yang ” senget ” tidak lurus (deviated nasal septum), risiko untuk mendapat resdung adalah tinggi.
  • Kerosakan atau sakit gigi di bahagian gusi atas boleh menyebabkan penyakit resdung. Kuman atau bakteria yang berasal dari kerosakan atau sakit gigi boleh merebak dengan mudah ke rongga sinus dan menyebabkan resdung. Hal demikian kerana kedudukan gigi gusi atas amat berdekatan dengan rongga sinus. Rongga sinus yang terdapat di dalam tulang pipi (dikenali sebagai maxillary sinus) merupakan rongga yang paling kerap mendapat sinutisis akibat kerosakan gigi.
  • Di samping itu kajian menunjukkan tabiat menyelam dan menyelam di air sungai atau kolam yang kotor serta laut yang tercemar turut menyumbang dan mengakibatkan penyakit resdung ini.
  • Lebih parah lagi, resdung ni boleh merebak ke bahagian mata. Akibatnya, anda boleh hilang deria penglihatan dan ia juga boleh menjangkiti otak.Tetapi, resdung ni tak berjangkit kat orang lain atau diwarisi oleh keturunannya.
Posted by Unknown at Tuesday, December 17, 2013 2 comments Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook

Sakit Kepala dan Migrain

Tweet



RAMAI menganggap sakit kepala hanya penyakit ringan, namun kecekapan kerja seseorang akan terjejas apabila penyakit ini terutama yang dikategori sebagai migrain dan sakit akibat ketegangan menjadi serius.

Setakat ini belum ada ubat yang benar-benar mampu mengatasi migrain dan sakit kepala akibat ketegangan.

Bagaimanapun, kombinasi pengubatan, pengendalian stress atau ketegangan serta faktor-faktor penyebab yang lain boleh membantu menyekat, menghapus atau meringankan migrain.

Bagaimana migrain berlaku belum difahami sepenuhnya tetapi doktor tahu ia melibatkan penguncupan dan pengembangan saluran darah ke otak. Biasanya, perjalanan darah mengurang di belakang otak dan merebak ke bahagian depan dan bila saluran yang menguncup itu mengembang, asakan darah dengan tiba-tiba mencetuskan rasa sakit yang kuat. Migrain dikesan menerusi dengutan, kadangkala sakit yang kuat dan biasanya di bahagian sebelah kepala. Deria pendengaran dan pemandangan menjadi semakin sensitif.

Faktor-faktor pendorong lain termasuk ketegangan, makanan seperti coklat, minuman berkopi, alkohol, tidak cukup tidur atau haid, dalam hal wanita, katanya.

Kajian mengenai kejadian sakit kepala di Malaysia menunjukkan 51.9 peratus dan 55.7 peratus penghidap migrain dan sakit kepala akibat ketegangan menyatakan kerana mereka terdedah kepada panas matahari, kata Tan.

Kajian juga menunjukkan lebih ramai wanita daripada lelaki mengalami migrain dan sakit kepala akibat ketegangan. Ini mungkin disebabkan perubahan hormon yang dialami wanita semasa haid. Wanita yang memakan pil lebih mirip menghidap migrain.

Sebaliknya, lelaki lebih mudah menghidap sakit kepala yang merupakan serangan kuat sesekejap tertumpu sekitaran mata dan ini berlaku beberapa kali dalam sehari selama beberapa bulan.

Kajian ke atas masyarakat Orang Asli baru-baru ini _ yang tinggal jauh daripada kehidupan moden _ mendapati migrain dan sakit kepala akibat ketegangan tidak wujud di kalangan mereka.

Ini disahkan oleh pemerhatian doktor bahawa orang yang tinggal di bandar-bandar besar dan yang terpelajar lebih mudah diserang migrain dan sakit kepala, kata Raymond Azman.

Beliau berkata, cara hidup memang ada kaitan dalam hal ini akibat diet yang diambil, kesesakan lalu lintas, kerja dan beberapa bentuk tekanan lain.

Simptom amaran sebelum berlakunya migrain bersifat tidak menentu, seperti menguap atau keletihan, walaupun sesetengah orang mengalami pemandangan yang berbayang, kata beliau.

Bayangan ini boleh mencetuskan ilusi pancaran cahaya, kelumpuhan, sakit kepala dan imej visual yang tidak sempurna.

Migrain boleh menyerang pada sebarang masa walaupun biasanya ini bermula pada usia belasan tahun dan memuncak pada usia antara 35 dan 45 tahun dan kemudian reda.

Bila pesakit menemui doktor kerana sakit kepala, pengesanan otak dilakukan dan sinar x dibuat bagi menentukan ia bukannya akibat ketumbuhan atau darah beku sebelum melihat faktor lain.

Doktor mungkin mencadangkan supaya pesakit menyimpan ''diari migrain'' yang tercatat makanan yang diambil dan faktor ketegangan bagi mengesani penyebab migrain. Migrain dan sakit kepala akibat ketegangan tidak boleh diubati sepenuhnya tetapi boleh disekat atau dikurangkan menerusi pengubatan, termasuk bahan ''beta blocker'', dan pengelakan faktor penyebab, kata Raymond Azman.

Beliau menasihatkan mereka yang mengalami sakit kepala agar tidak memandang remeh, sebaliknya segera menemui doktor untuk didiagnosa.


Posted by Unknown at Monday, December 16, 2013 0 comments Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook

9 FAKTA MENARIK TENTANG OTOT DAN TULANG

Tweet

Assalamualaikum dan Salam sejahtera. Agak lama blog ini menyepikan, harap di maaf kan, dek kerana busy dengan tugasan harian hinggakan blog ini tidak berupdate. Ok la hari ini mari lah sama2 kita kongsikan fakta menarik tentang otot dan tulang.



1. 17 otot digunakan untuk senyum dan 43 otot digunakan untuk bermasam muka. Jadi, kalau tak nak cepat letih sentiasa la senyum :)

2. Ketika bayi, kita semua dilahirkan dengan 300 tulang. Tapi bila sahaja kita meningkat dewasa, angka itu dah berkurangan kepada 206 tulang. Sebabnya ialah ketika bayi, kebanyakkan tulang adalah terdiri daripada bahagian-bahagian kecil yang masih belum bergabung antara satu sama lain. Ni untuk memudahkan bayi dilahirkan. Bila semakin dewasa, tulang - tulang tadi ada yang bergabung dan berpadu.

3.Kita ni sebenarnya adalah 1cm lebih tinggi pada waktu pagi daripada waktu petang. Sebabnya ialah tulang rawan dan bendalir di sekitar sendi akan termampat oleh aktiviti harian seperti berdiri, duduk dan lain-lain aktiviti. Jadi, kita akan pendek sedikit pada waktu petang atau malam berbanding dengan waktu pagi.

 4. Otot paling kuat kat badan ialah lidah. Memang la korang tak boleh nak buat push up dengan lidah, tapi jika dibuat perbanding dalam saiz, ternyata lidah lebih kuat daripada otot badan yang lain dalam saiz yang sama.

5.Tulang paling keras ialah tulang rahang. Bahagian ni adalah bahagian yang paling payah dipatahkan dalam badan manusia dan sangat tahan lama

6. Setiapa langkah kaki korang akan memerlukan kerjasama 200 otot yang berkaitan agar ianya bergerak sempurna. Sehari, kita biasanya berjalan sebanyak 10, 000 langkah. Jadi bayangkan la berapa banyak kerja yang otot kita lakukan!

 7. Gigi adalah satu-satunya bahagian badan manusia yang takkan pulih secara sendirinya. Lapisan luar gigi kita dipanggil enamel. Enamel ni bukanlah tisu hidup, sebab tu la gigi tak boleh pulih secara sendiri. Maka perkhidmatan gigi adalah penting.

 8. Tulang secara kasarnya adalah lebih kuat daripada sesetengah besi. Tapi ni tak bermakna tulang tu tak boleh patah beb! Tulang ni sebenarnya kurang tumpat berbanding besi. Tapi jika dibanding dengan berat yang sama pada suatu skala, tulang sebenarnya lebih kuat daripadbesi!

 9. Kaki kita mempunyai tulang suku daripada jumlah seluruh tulang dalam badan. Maknanya tulang kat kaki sekurang-kurangnya berjumlah 52 patah tulang.
Posted by Unknown at Wednesday, September 25, 2013 1 comments Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook

KUNYAH AIS PUNCA ANEMIA?

Tweet




Tabiat mengunyah ais atau lebih dikenali sebagai Pagophagia didapati mempunyai hubung kait
dengan penyakit Anemia . Anemia adalah keadaan seseorang yang mempunyai jumlah sel darah merah dibawah paras normal ( kekurangan pengeluaran sel darah merah ).




Selain itu, Anemia boleh mengakibatkan kerosakan jantung, otak dan organ tubuh lain, bahkan boleh menyebabkan kematian.  Pesakit Anemia yang sering mengunyah ais batu didapati tahap zat besi di dalam darahnya tidak dapat mencapai tahap normal.

Ini boleh menyebab kan seseorang mudah pitam atau pengsan. Mengunyah ais batu boleh melemah kan struktur gigi mudah patah dan retak.

*p/s : kepada kawan aku, baca ini, sebab kamu suka sangat mengunyah ais kan, so aku saran kan supaya kita semua minum air suam or panas je, lagi elok untuk kesihatan.

sumber : maskulin
Posted by Unknown at Friday, August 16, 2013 0 comments Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook
Labels: Info sihat, informasi lelaki n wanita

KENAPA WANITA TIDAK FAHAM LELAKI?

Tweet Assalamualaikum dan Salam sejahtera, di pagi yang sepi ini aku ingin kongsikan satu artikel yang agak menarik ak rasa kan, Artikel ini khas untuk bacaan para wanita di luar sana.

Adakah anda para wanita pernah terfikir bahawa lelaki mempunyai perkara yang ingin di beritahu kepada kaum wanita tentang cara kehidupannya tetapi tidak pernah terluah? Jika tidak, mulai sekarang anda perlu ketahui agar lebih memahami insan bernama LELAKI.



1. MAHU KAHWIN LAMBAT.
Sebenarnya lelaki yang aktif kurang gemar di ajak untuk berkahwin awal. Kalau boleh usia 20-an hanya difokuskan pada kehidupan sosial, cita-cita dalam kerjaya, perniagaan, kekayaan dan apa sahaja yang menjadi idamannya. Jika seseorang lelaki itu bersetuju untuk melangsungkan perkahwinan pada usia muda, maka anda akan mendapati kehidupannya cukup ringkas. Lelaki jenis ini hanya memikirkan tentang kerjaya tetap, sebiji kereta atau rumah dan seorang isteri.

2. SEMEMANGNYA LELAKI 'NAKAL'
Secara rambang, semua wanita pernah diusik dengan kata-kata nakal daripada seorang lelaki. Tetapi anda tidak harus cepat mengatakan lelaki sememangnya tidak menghormati kaum wanita. Ini kerana lelaki dicipta adalah untuk 'memancing' kaum hawa dengan kenakalannya.

Jika anda diusik oleh lelaki mengenai percakapan tentang seks ataupun terasa dipermainkan, anggaplah ini sebahagian daripada dunia Adam. Wanita, selain mempunyai daya tarikan sensual, mereka juga dianggap sumber inspirasi dan semangat yang hidup oleh lelaki. Maka, tidak hairanlah anda akan melihat si dia menjeling punggung wanita lain walaupun anda berada erat disebelahnya.

3. LEBIH TERTARIK JIKA BERJAUHAN
Lebih 60 peratus lelaki yang Maskulin temui akui akan memberi perhatian lebih jika pasangan berjauhan dengan dirinya. Ini kerana, waktu ini lelaki akan berasa hidupnya kosong kerana tiada perhatian daripada pasangan. Maka jangan hairan jika anda menerima panggilan atau pesanan ringkas berunsurkan nada rindu daripadanya.

4. TIDAK PANDAI MENTAFSIR ANDA
Sememangnya kaum adam lebih gembira jika anda bercakap tanpa kiasan kepadanya. Anda perlu tahu bahawa lelaki ini tidak pandai membaca pemikiran wanita. Oleh kerana itu, pendekatan secara langsung amat digalakkan terutama perkara itu sesuatu yang penting anda sampaikan kepadanya.

5. KATAKAN ANDA PUAS DENGANNYA
Bagi yang sudah berumah tangga, hubungan intim amat penting bagi lelaki. Si suami sudah "memberi" tetapi kadang-kadang si isteri mudah lupa untuk memujinya. Apa kata sekali sekala selepas melakukan aktiviti intim  ini, selitkan kata-kata kepuasan di telinganya. Kelak membuat si suami lebih bersemangat dan gembira disisi anda.

6. BERINYA RUANG
Sekali sekala anda perlu peka kenapa pasangan anda asyik moody pada minggu itu. Sebenarnya si dia memerlukan ruang untuk melengkapkan rutin hidupnya. Anda harus tahu bahawa lelaki sememangnya mahu anda bergembira melakukan perkara yang menarik bersama-sama teman-teman daripada berada dengannya 48 jam.

ini sahaja yang dapat aku kongsikan, aku sendiri pun tidak tahu, jadi bila baca artikel ini barula aku tahu sikit sebanyak, harap begitu juga dengan anda di luar sana, selamat membaca. Terima kasih kerana sudi singgah di blog ini.



Posted by Unknown at Wednesday, June 26, 2013 1 comments Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook
Labels: informasi lelaki n wanita, sumber : Maskulin

M.A.L.A.S

Tweet

Assalamualaikum...

Selamat pagi kepada pembaca sekalian semoga berada didalam keadaan yang sihat sejahtera hendaknya. Bekesempatan lagi untuk mengupdate blog ini. Entry kali ini saya ingin kongsikan cara atau pun tip-tip tuk tangani dan hadapi masalah rasa MALAS.

AWAS! Rasa malas  itu boleh menurunkan PROFESIONALISME kita di pejabat ataupun di kolej. Jom kita sama-sama bangkit melawan nafsu MALAS itu dengan.....


1. INISIATIF
Salah satu cara yang wajar kita cuba ialah, mewujudkan inisiatif sewaktu melaksanakan sesuatu tugasan mahupun pekerjaan tanpa mengharapkan arahan daripada pihak tertentu. Dengan cara ini dia akan memberi bonus positif terhadap kredibiliti diri kita, sekali gus melumpuhkan rasa malas sebelum ia datang menyerang kita!

2. JANGAN MUDAH EMOSI
Jangan membawa emosi berlebihan di kolej atau di pejabat kerana kita perlu bersikap profesional. Cara ini dapat membantu kita memperbaiki kelebihan diri sekali gus mengakrabkan lagi hubungan kita dengan individu disekeliling kita.

3. WUJUDKAN PERANCANGAN
Bersiap sedialah dengan perancangan masa depan. Persiapkan diri kita dengan langkah dan rencana yang bakal kita lakukan agar pekerjaan yang sedang kita usahakan lebih terfokus dan motivasi diri kita tetap melangit di dalam diri.

4. JAGA HUBUNGAN 
Jalinkan hubungan yang baik dengan orang di sekeliling kita tanpa mengira status mahupun pangkat. Dengan menjalinkan hubungan yang baik ini ia dapat membantu kita untuk memperbaiki mood dan semangat kita.

5. BELAJAR DAN MENDENGAR.
Belajarlah dari cerita dan pengelaman orang lain. Kaedah ini mampu mempersiapkan mental kita untuk berfikiran lebih positif apabila diserang mood negetif sebegini.


Sekian dahulu dari saya, selamat membaca.
Posted by Unknown at Thursday, May 30, 2013 0 comments Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook

4 Lelaki Sempurna Yang Harus Anda Jauhi.

Tweet


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada anda sekalian, di beri kesempatan lagi untuk mengupdate entry di pagi hari ini, sebelum melabuhkan tirai. 

Sepintas langkahnya, seluruh tubuh pegun bersahaja. Jiwa gelora tidak menentu, degup jantung pincangnya bertalu-talu. Sikap dan lagaknya pantas memaut sukma....Hei gadis di luar sana , Tunggu dulu! usah pantas terjerat rasa, kerana sempurna si jejaka, mungkin bukan bermain rasa tempatnya, bukan juga tempat layaknya anda menyemai cinta! inilah empat jiwa sempurna pria yang harus anda jauhi dari senarai calon pujaan hati.

Empat jiwa sempurna pria yang di maksud kan adalah :

1. LELAKI 'WORKAHOLIC'
Tidak sulit menemukan pria seperti ini. Dari pagi hingga malam, kondisi pakaiannya tidak berubah,selalu bergaya rasmi untuk bekerja. Waktu yang tersisa digunakan untuk berpesta gila sambil menanti hari esok. jejaka seperti ini memang kelihatan dengan posisi penting dalam kerjaya dan kewangan yang mantap.Tapi saat bersama anda ? Ia akan sibuk dengan hand phone dan pulang selalu lewat. Wang adalah kekasihnya, anda adalah selikuhnya. Tertarik? 

2. 'SMOOTH OPERATOR'
Bak kasanova, lelaki ini sangat menarik dan menggoda, ia mudah didekati, bahkan terlalu mudah.  Menghujani anda dengan perhatian kecil dan perlakuan-perlakuan romantis. Anda mulai terbuai rasa. Wajar saja, tetapi segera ingat untuk mengendalikan diri, kerana besar kemungkinan bukan hanya anda yang dihujani dengan perhatiannya.

3. GILA ADERENALIN
Dia tampak maskulin, kulit sawo matang dan kondisi tubuhnya tegap kerana banyak bergerak atau  bersenam. Ia gemar mencabar   aderenalinnya dengan aktiviti seperti lompatan lelabah, menyelam, mendaki gunung dan aktiviti-aktiviti ekstrem yang lain. Jika anda sealiran minat dengannya silakan saja. Tetapi jika tidak, lebih baik anda hidari, kerana lelaki seperti ini tidak suka duduk diam, dan alih-alih berlibur gaya romantis, anda hanya menjadi penonton untuk segala kegiatannya.

4. JENIS TENANG
Anda harus dapat membezakan antara yang tenang dan sebaliknya. Jenis lelaki yang tidak tenang berasa 
dirinya terlalu tampan sehingga giat menayang wajah dan berlagak tidak endah. Memang bukan rahsia wanita penasaran dengan lelaki jenis cool, Tetapi jika sifat tenangnya terasa aneh, ada yang tidak kena dengan dirinya. Biasanya dia akan duduk di pojok ruangan, melihat dengan sinis tetapi sering melirik, kata-katanya berhemat tetapi bahasa tubuhnya gelisah terus dan tidak alami. Sebenarnya dalam diri mereka terbit rasa takut menjadi lelaki yang wajar.

Ini antara empat kesempurnaan lelaki yang terselindung kekurangannya. Harapan agar teman pembaca sekalian timbang-timbangkan. Soal mencari kekasih pujaan hati bukan mudah untuk diambil ringan. Salah percaturan, hati dan jiwa menjadi taruhan, sebelum menamatkan entry ini, ada satu pesanan, berhati-hati  dalam memilih teman......sekian dulu dari saya :)


Posted by Unknown at Sunday, May 19, 2013 1 comments Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook

20 PERKARA LELAKI SOROK DARI WANITA

Tweet


Ingin mengambil kesempatan sebelum melabuhkan tirai pada hari ini, saya muatkan satu lagi entry yang bertajuk seperti di atas. Ini sesuai untuk gadis-gadis di luar sana dan juga sebagai rujukan untuk lelaki sendiri.
Baiklah mari kita mulakan dengan perkara2 yang di maksudkan itu.

1. Lelaki boleh menyukai anda dalam masa seminit dan kemudian melupakan anda.

2. Jika lelaki mengatakan gagal memahami anda, ianya membawa firasat bahawa anda tidak berfikir seperti cara dia berfikir.

3. "Awak buat apa?" atau "Awak dah makan?" adalah antara soalan lazim lelaki membuka bicara di talian bagi mengurangkan rasa gementar.

4. Lelaki akan berpeleseran seharian, tetapi hanya memikirkan wanita yang di cintai sebelum tidur.

5. Lelaki benci bila wanita berbicara tentang mantan teman lelaki.

6. Lelaki sebenarnya suka membicarakan pelbagai perkara dengan wanita, lelaki juga punya tabiat suka mengumpulkan semangat, keyakinan dan keberanian untuk menyatakannya. Dan akhirnya di biarkan berlalu.

7. Usaha lelaki akan berganda bagi meraih cinta wanita yang enggan melayan mereka. Tetapi adalah sangat berat dan tercabar bagi lelaki untuk menerima kekalahan atau penolakan.

8. Memberi pesanan tidak lengkap kepada lelaki  membuatkan mereka terjun kepada kesimpulan yang jauh tersasar daripada apa yang anda maksudkan.

9. Lelaki suka jika tangannya disentuh.

10. Lelaki sangat licik dan nakal kala berpeleseran tetapi akan gugup, kaku dan tidak keruan bila berdepan dengan wanita idamannya.

11. Jika wanita mengatakan 'tidak', ia seakan arahan kepada lelaki, 'sila cuba lagi'. Lelaki tidak pantas putus asa jika keinginannya kurang berjaya.

12. Adalah langkah baik sekiranya anda menguji keikhlasan lelaki tetapi usah terus-terusan mengujinya dalam tempoh yang panjang.

13. Lelaki tertarik kepada wanita cantik tetapi ada kalanya sekadar suka melihat bukan minat untuk mendekati.

14. Jika lelaki meminta bantuan kepada sahabat ( bertentangan gender) anda hubungan cinta, pasti diakhiri dengan rasa tertarik kepada sahabat anda sendiri.

15. Lelaki hanya selesa meminta pandangan dan nasihat daripada lelaki manakala wanita hanyalah sekadar tempat mereka meluahkan rasa.

16. Lelaki yang mengusik anda adalah lelaki yang menyukai anda.

17. Membeli belah bagi lelaki tidak mengujakan seperti aktiviti sukan.

18. Lelaki yang serius dengan hubungan akan menjadi lelaki yang possessive.

19. Lelaki umpama harimau di kalangan teman-teman dan keluarga tetapi manja seperti kucing bila bersama wanita yang dicintai.

20. Kala lelaki berlagak tenang dalam situasi cemas atau tegang, perhatikan sama ada mereka berpeluh atau tidak. Ini lah cara yang terbaik mengesan rasa gementar lelaki .


Sekian dulu dari saya......  
Posted by Unknown at Saturday, May 18, 2013 0 comments Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook

Kini Kembali

Tweet
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah setelah sekian lama blog ini terkubur, kini kembali untuk aktif seperti dahulu kala. Terlebih dahulu saya dengan ini ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pembaca dan blogger yang mana sudi melawat dan meninggal kan jejak di laman blog saya yang tidak seberapa ini.

Banyak info-info Tentang Lelaki yang saya ingin kongsikan bersama anda sebenarnya, tetapi dek kerana masa yang cemburu dengan saya, hasilnya blog ini telah sepi hampir 2 tahun. Agak lama bagi saya, tapi alhamdulillah, walaupun sudah lama sepi, tapi masih lagi ada rakan-rakan blogger yang lain memberi sekongan kepada saya.

Di sebab kan sokongan dari anda semua membuatkan saya, curi masa untuk memberi ruang kepada blog ini kembali beraksi..hehehe

dan di sini juga saya mohon kerjasama dari pihak anda untuk membantu saya dengan berkongsi pendapat dan pandangan bagi memantapkan lagi blog Tentang Lelaki ini, Saya blog ini ramai di lawati oleh gadis-gadis, jadi mesti gadis-gadis yang jelita ini ada secebis pandangan dan pendapat untuk di kongsikan bersama, jadi boleh utarakan pandangan anda di sini. Segala kerjasama dari pihak anda semua amat lah saya hargai.

Sekian dulu dari saya, semoga berjumpa lagi di episod akan datang :)
Posted by Unknown at Saturday, May 18, 2013 0 comments Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook
Newer Posts Older Posts Home
Powered by Textbook Widget

My Visitor's

Followers

My Time


Archives

  • ► 2016 (1)
    • ► May (1)
  • ► 2014 (3)
    • ► July (2)
    • ► June (1)
  • ▼ 2013 (11)
    • ▼ December (4)
      • Batu Karang Penyakit Lelaki?
      • Bersenam Yang Anda Perlu Tahu
      • 6 Punca Resdung
      • Sakit Kepala dan Migrain
    • ► September (1)
      • 9 FAKTA MENARIK TENTANG OTOT DAN TULANG
    • ► August (1)
      • KUNYAH AIS PUNCA ANEMIA?
    • ► June (1)
      • KENAPA WANITA TIDAK FAHAM LELAKI?
    • ► May (4)
      • M.A.L.A.S
      • 4 Lelaki Sempurna Yang Harus Anda Jauhi.
      • 20 PERKARA LELAKI SOROK DARI WANITA
      • Kini Kembali
  • ► 2011 (11)
    • ► December (1)
    • ► November (1)
    • ► October (5)
    • ► March (1)
    • ► January (3)
  • ► 2010 (19)
    • ► December (19)

Click Me

My Page

Powered by Blogger.

Feedjit

 
Copyright (c) 2010 TENTANG LELAKI. Designed by Conveyancing
High Deductible Health Insurance, Purchase Beats