Hari ini saya dapat hadiah dari mak angkat saya, nak tahu apa hadiah dia?? ok ini dia
Ini dia hadiah nya, cantikkan? sekali tengok saya ingatkan rokok Malboro, sekali buku kecil yang bertajuk "BERHENTI MEROKOK" terdiam kejap bila tgk buku ini.
Dari sinilah baru kita tahu dan kita sedar betapa sayangnya mereka kepada nyawa kita, tetapi kenapa kita sendiri tidak sayang pada nyawa kita? Buku ini nampak jew kecil, tetapi isi di dalamnya mantap, dan banyak fakta-fakta yang dia terangkan. Memang betul pun apa yang terkadung dalam buku ini.
Dah macam cara da saya cuba untuk berhenti merokok, tetapi sehingga hari ini masih tidak boleh, tetapi selepas saya terima buku ini dari mak angkat saya, mula saya terfikir dan terdetik dalam hati untuk berhenti merokok. Itu sebelum saya membaca isinya lagi.
Ibu saya selalu berpesan, supaya berhentilah merokok, sebab rokok ini umpama macam dia bakar duit kita sebenarnya, kita hisap bukan dapat apa pun kebaikan, tetapi dapat penyakit yang boleh membunuh diri kita sendiri. Selama ini saya tidak pun pernah fikirkan hal ini, tetapi apabila saya rasa dada saya mula sakit dan batuk-batuk baru la saya rasa nk stop dari hisap rokok.
Ini saya ceritakan hal saya sendiri, next enrty nanti saya akan paparkan fakta-fakta tentang rokok dan kesan-kesan yang kita dapat nanti. Disini saya ingin berkongsi pendapat apa yang saya dapat dengan anda semua, mungkin ada yang susah nak terima atau baca tentang rokok ini. Orang lelaki selalu mengatakan, kalau orang lelaki tidak hisap rokok tidak macho la, itu ungkapan lapok, kenapa kita nk ikut ungkapan itu, kita sepatutnya pandai menjaga kesihatan diri kita, hargai apa yang anugerah Allah berikan, jangan pula kita yang musnahkan.
Jadi di kesempatan ini saya menyeru kepada anda dan diri saya sendiri, agar mulai saat ini kita amalkan kehidupan yang sihat. Katakan tidak mahu lagi merokok, yang mana susah nak berhenti tu, cuba kurangkan sedikit hisap rokok. Saya kagum dangan Bandaraya Melaka, kerana membuat kampen " Melaka Bebas Asap Rokok", semasa saya baca signboard tu kat bandar Melaka tempoh hari, membuatkan saya tidak jadi nak hisap rokok. InsyaAllah semoga kampen itu akan berjaya, dan dapat menyelamatkan nyawa ramai orang.
Betul ajal maut di tangan tuhan, tetapi kita jangan pula mencari jalan pintas untuk mati...hehe ok la setakat ini dahulu isu saya hari ini, tunggu fakta yang selanjutnya tentang Rokok ini.
6 comments:
kebanyakan wanita x kesah kalau lelaki merokok.. tapi kebanyakan wanita rimas dengan asap rokok.. so, better lelaki jgn isap rokok kalau taknak si gf lari oke... :)
Shaqila : yup...memang pun, asap rokok ni bahaya sebenarnya kpd semua orang.
Bukan senang nak berhenti merokok kalau kita masih berkawan atau dikelilingi perokok.
Habistu takkan nak putuskan persahabatan pulak kan..
Dah banyak kali berusaha tetapi kecundang dipertengahan jalan.
yup betul tu..tetapi niat kita nak berhenti tu mesti kena kuat
huhuh
ade jmpe buku nieyh kat kedai POPULAR
yup..sekrang ni merata2 kedai buku da jual
Post a Comment