Entry yang ini aku ingin kongsikan pengelaman aku pergi bercuti di melaka selama 3 hari 2 malam di Dusun D'Paradise, Melaka.
Kami bertolak dalam pukul 1.30 petang dan kami tiba di sana tepat kul 3 petang, memakan masa selama 1 setengah jam sahaja. Dalam hati kami ingat menarik la di sana tapi, indah khabar dari rupa, nak x nak kami terima aje la, Kami berempat bermalam di sana, aku, rach, mak n bapak.
Ini lah rumah yang kami bermalam, cantikan? Percutian ini adalah hadiah yang Daus Af8 dapat tempoh hari, tu nak x nak kena pergi gak, walaupun daus x join sekali. Paling sedih lagi hanya kami sahaja yang kami check in kat sini, dah la risiko kena tanggung sendiri jika berlaku apa2. Dah la kami berada beul2 tengah2 hutan.
Tapi ok la, dapat gak release tension, dengan keadaan yang sunyi, jauh dari bandar, xda bunyi bising kenderaan.
Baggi Taxi ini sahaja la, kenderaan yang kami di beri guna, untuk ronda2 kawasan dusun. Tapi sayang, kami datang silap masa, bukan musim buah, tu x da sangat buah kat sini, hanya pokok2 aje yg ada. Sepanjang jalan kami ronda kawasan dusun, ada je perkara yang pelik berlaku, tapi wat x tahu jew la.
Baggi ni hanya di beri guna sampai pukul 6ptg sahaja, selepas tu, kalau nk kemana-mana jalan kaki aja la. Tapi yang x best nya petang tu kesihatan aku x mengizinkan, tetiba je badan aku panas n selsema, terus mood cuti x ada.
Ini adalah antara binatang ternakan yang ada kat dusun ni. ada banyak lagi macam buaya,kambing, burung unta dan pelbagai lagi la.
Ini pula antara buah yang masih ada lagi kat dusun tu, yang ada pun buah nangka je la yang banyak, tapi hanya boleh tengok sahaja, x boleh petik or makan.
Sekitar Bandar Melaka Pada Hari pertama dan kedua. Banyak tempat yang kami pergi, tapi bab kata org melaka bandar dia x la besar mana pun, so senanglah utuk kami pusing2 semua tempat..hehe...walaupun dalam keadaan demam, tetap gak pergi berjalan.
Ni masa kat Muzium samudera bersama Daus n Family, Hari ke 2 baru daus ngn Family pak mal datang. So k la, terasa la ramai sikit.
Banyak lagi gambar yang aku ambil, aku dah pun upload kat fb, so yg ada fb aku boleh la tengok kat sana k. Apa-pun kira percutian aku kali ini ok la, Selalu aku bercuti enjoy, tapi kali ni x dapat..berambah plak tempat penginapan yang x seberapa. Maaf la, bukan aku nk kutuk, tapi kepuasan pelancong x da kat sana. Kalau sana ok, mesti ada org yg check in kat sana, xda la hanya kami sebuah sahaja yang tinggal.
ok la. setakat ini sahaja entry aku kali ini, no idea, aku nk tulis apa lagi...sorry sangat2..
2 comments:
like..yup2..hanya kita jer yg check in kt sna.
tu la pasal kan?
Post a Comment