Assalamualaikum...
Selamat pagi kepada pembaca sekalian semoga berada didalam keadaan yang sihat sejahtera hendaknya. Bekesempatan lagi untuk mengupdate blog ini. Entry kali ini saya ingin kongsikan cara atau pun tip-tip tuk tangani dan hadapi masalah rasa MALAS.
AWAS! Rasa malas itu boleh menurunkan PROFESIONALISME kita di pejabat ataupun di kolej. Jom kita sama-sama bangkit melawan nafsu MALAS itu dengan.....
1. INISIATIF
Salah satu cara yang wajar kita cuba ialah, mewujudkan inisiatif sewaktu melaksanakan sesuatu tugasan mahupun pekerjaan tanpa mengharapkan arahan daripada pihak tertentu. Dengan cara ini dia akan memberi bonus positif terhadap kredibiliti diri kita, sekali gus melumpuhkan rasa malas sebelum ia datang menyerang kita!
2. JANGAN MUDAH EMOSI
Jangan membawa emosi berlebihan di kolej atau di pejabat kerana kita perlu bersikap profesional. Cara ini dapat membantu kita memperbaiki kelebihan diri sekali gus mengakrabkan lagi hubungan kita dengan individu disekeliling kita.
3. WUJUDKAN PERANCANGAN
Bersiap sedialah dengan perancangan masa depan. Persiapkan diri kita dengan langkah dan rencana yang bakal kita lakukan agar pekerjaan yang sedang kita usahakan lebih terfokus dan motivasi diri kita tetap melangit di dalam diri.
4. JAGA HUBUNGAN
Jalinkan hubungan yang baik dengan orang di sekeliling kita tanpa mengira status mahupun pangkat. Dengan menjalinkan hubungan yang baik ini ia dapat membantu kita untuk memperbaiki mood dan semangat kita.
5. BELAJAR DAN MENDENGAR.
Belajarlah dari cerita dan pengelaman orang lain. Kaedah ini mampu mempersiapkan mental kita untuk berfikiran lebih positif apabila diserang mood negetif sebegini.
Sekian dahulu dari saya, selamat membaca.