Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada anda sekalian, di beri kesempatan lagi untuk mengupdate entry di pagi hari ini, sebelum melabuhkan tirai.
Sepintas langkahnya, seluruh tubuh pegun bersahaja. Jiwa gelora tidak menentu, degup jantung pincangnya bertalu-talu. Sikap dan lagaknya pantas memaut sukma....Hei gadis di luar sana , Tunggu dulu! usah pantas terjerat rasa, kerana sempurna si jejaka, mungkin bukan bermain rasa tempatnya, bukan juga tempat layaknya anda menyemai cinta! inilah empat jiwa sempurna pria yang harus anda jauhi dari senarai calon pujaan hati.
Empat jiwa sempurna pria yang di maksud kan adalah :
1. LELAKI 'WORKAHOLIC'
Tidak sulit menemukan pria seperti ini. Dari pagi hingga malam, kondisi pakaiannya tidak berubah,selalu bergaya rasmi untuk bekerja. Waktu yang tersisa digunakan untuk berpesta gila sambil menanti hari esok. jejaka seperti ini memang kelihatan dengan posisi penting dalam kerjaya dan kewangan yang mantap.Tapi saat bersama anda ? Ia akan sibuk dengan hand phone dan pulang selalu lewat. Wang adalah kekasihnya, anda adalah selikuhnya. Tertarik?
2. 'SMOOTH OPERATOR'
Bak kasanova, lelaki ini sangat menarik dan menggoda, ia mudah didekati, bahkan terlalu mudah. Menghujani anda dengan perhatian kecil dan perlakuan-perlakuan romantis. Anda mulai terbuai rasa. Wajar saja, tetapi segera ingat untuk mengendalikan diri, kerana besar kemungkinan bukan hanya anda yang dihujani dengan perhatiannya.
3. GILA ADERENALIN
Dia tampak maskulin, kulit sawo matang dan kondisi tubuhnya tegap kerana banyak bergerak atau bersenam. Ia gemar mencabar aderenalinnya dengan aktiviti seperti lompatan lelabah, menyelam, mendaki gunung dan aktiviti-aktiviti ekstrem yang lain. Jika anda sealiran minat dengannya silakan saja. Tetapi jika tidak, lebih baik anda hidari, kerana lelaki seperti ini tidak suka duduk diam, dan alih-alih berlibur gaya romantis, anda hanya menjadi penonton untuk segala kegiatannya.
4. JENIS TENANG
Anda harus dapat membezakan antara yang tenang dan sebaliknya. Jenis lelaki yang tidak tenang berasa
dirinya terlalu tampan sehingga giat menayang wajah dan berlagak tidak endah. Memang bukan rahsia wanita penasaran dengan lelaki jenis cool, Tetapi jika sifat tenangnya terasa aneh, ada yang tidak kena dengan dirinya. Biasanya dia akan duduk di pojok ruangan, melihat dengan sinis tetapi sering melirik, kata-katanya berhemat tetapi bahasa tubuhnya gelisah terus dan tidak alami. Sebenarnya dalam diri mereka terbit rasa takut menjadi lelaki yang wajar.
Ini antara empat kesempurnaan lelaki yang terselindung kekurangannya. Harapan agar teman pembaca sekalian timbang-timbangkan. Soal mencari kekasih pujaan hati bukan mudah untuk diambil ringan. Salah percaturan, hati dan jiwa menjadi taruhan, sebelum menamatkan entry ini, ada satu pesanan, berhati-hati dalam memilih teman......sekian dulu dari saya :)
1 comments:
bw pagi..:)
Post a Comment