Tweet
Assalamualaikum dan Salam sejahtera, di pagi yang sepi ini aku ingin kongsikan satu artikel yang agak menarik ak rasa kan, Artikel ini khas untuk bacaan para wanita di luar sana.
Adakah anda para wanita pernah terfikir bahawa lelaki mempunyai perkara yang ingin di beritahu kepada kaum wanita tentang cara kehidupannya tetapi tidak pernah terluah? Jika tidak, mulai sekarang anda perlu ketahui agar lebih memahami insan bernama LELAKI.
1. MAHU KAHWIN LAMBAT.
Sebenarnya lelaki yang aktif kurang gemar di ajak untuk berkahwin awal. Kalau boleh usia 20-an hanya difokuskan pada kehidupan sosial, cita-cita dalam kerjaya, perniagaan, kekayaan dan apa sahaja yang menjadi idamannya. Jika seseorang lelaki itu bersetuju untuk melangsungkan perkahwinan pada usia muda, maka anda akan mendapati kehidupannya cukup ringkas. Lelaki jenis ini hanya memikirkan tentang kerjaya tetap, sebiji kereta atau rumah dan seorang isteri.
2. SEMEMANGNYA LELAKI 'NAKAL'
Secara rambang, semua wanita pernah diusik dengan kata-kata nakal daripada seorang lelaki. Tetapi anda tidak harus cepat mengatakan lelaki sememangnya tidak menghormati kaum wanita. Ini kerana lelaki dicipta adalah untuk 'memancing' kaum hawa dengan kenakalannya.
Jika anda diusik oleh lelaki mengenai percakapan tentang seks ataupun terasa dipermainkan, anggaplah ini sebahagian daripada dunia Adam. Wanita, selain mempunyai daya tarikan sensual, mereka juga dianggap sumber inspirasi dan semangat yang hidup oleh lelaki. Maka, tidak hairanlah anda akan melihat si dia menjeling punggung wanita lain walaupun anda berada erat disebelahnya.
3. LEBIH TERTARIK JIKA BERJAUHAN
Lebih 60 peratus lelaki yang Maskulin temui akui akan memberi perhatian lebih jika pasangan berjauhan dengan dirinya. Ini kerana, waktu ini lelaki akan berasa hidupnya kosong kerana tiada perhatian daripada pasangan. Maka jangan hairan jika anda menerima panggilan atau pesanan ringkas berunsurkan nada rindu daripadanya.
4. TIDAK PANDAI MENTAFSIR ANDA
Sememangnya kaum adam lebih gembira jika anda bercakap tanpa kiasan kepadanya. Anda perlu tahu bahawa lelaki ini tidak pandai membaca pemikiran wanita. Oleh kerana itu, pendekatan secara langsung amat digalakkan terutama perkara itu sesuatu yang penting anda sampaikan kepadanya.
5. KATAKAN ANDA PUAS DENGANNYA
Bagi yang sudah berumah tangga, hubungan intim amat penting bagi lelaki. Si suami sudah "memberi" tetapi kadang-kadang si isteri mudah lupa untuk memujinya. Apa kata sekali sekala selepas melakukan aktiviti intim ini, selitkan kata-kata kepuasan di telinganya. Kelak membuat si suami lebih bersemangat dan gembira disisi anda.
6. BERINYA RUANG
Sekali sekala anda perlu peka kenapa pasangan anda asyik moody pada minggu itu. Sebenarnya si dia memerlukan ruang untuk melengkapkan rutin hidupnya. Anda harus tahu bahawa lelaki sememangnya mahu anda bergembira melakukan perkara yang menarik bersama-sama teman-teman daripada berada dengannya 48 jam.
ini sahaja yang dapat aku kongsikan, aku sendiri pun tidak tahu, jadi bila baca artikel ini barula aku tahu sikit sebanyak, harap begitu juga dengan anda di luar sana, selamat membaca. Terima kasih kerana sudi singgah di blog ini.
1 comments:
Post a Comment