skip to main | skip to sidebar

Pages

  • Home
  • My Link
  • Profile
  • My Contact

TENTANG LELAKI

http://tentanglelaki85.blogspot.com

Showing posts with label Maskulin. Show all posts
Showing posts with label Maskulin. Show all posts

Lelaki Juga Ambil Botox, Pembedahan Plastik?

Tweet
Hiasan
Gambar hiasan. Kredit foto dari google.com
Jumlah masyarakat menggunakan rawatan botox mula meningkat semenjak ia mula digunakan dan diluluskan untuk kosmetik pada tahun 2002. Meskipun wanita amat sinonim dengan kecantikan, tetapi penggunaan botox dan pembedahan plastik di kalangan lelaki juga apa kurangnya.

Kebanyakan selebriti luar negara seakan tidak boleh menerima garis-garis halus terutama di bahagian mata. Garis-garis ini disebut sebagai crow's feet akan bertambah seiring pertambahan usia. Dengan menyuntik sedikit botox, kedutan mula hilang. Pendek kata, ia meremajakan wajah dengan cepat dan mudah.

Pelakon George Clooney dikatakan salah seorang selebriti yang melakukan perubahan terhadap sekitar matanya. Dia menggunakan botox dengan bertujuan untuk kelihatan sentiasa 'segar' apabila berada di set mahupun luar set.

Bagi pelakon Dwayne "The Rock" Johnson, dia sendiri pernah berdepan dengan pembedahan plastik untuk mengecilkan dadanya. Dia dikatakan telah melakukan liposuction atau sedut lemak di dadanya kerana ia seolah semakin membesar.

Pemenang pingat emas Montreal 1976 Summer Olympics yang juga isteri kepada Kris Jenner (Kardashian) juga dikatakan telah melakukan pembedahan plastik ke atas hidungnya. Dia juga telah melakukan pembedahan plastik pada wajahnya sebanyak dua kali.

Siapa yang tidak kenal dengan penyanyi dan gitaris kumpulan KISS, Gene Simmons, pernah melakukan pembedahan plastik untuk membuang lebihan lemak pada wajah terutama bawah mata dan sekitar dagu.

Juri bermulut laser, Simon Cowell, tidak mengaku melakukan pembedahan sebaliknya mengatakan hanya berdepan dengan rawatan botox. Menurut Simon, botox memberi kesan dan tidak kisah melakukannya setiap tahun untuk tampil lebih muda sentiasa.

Bagi di Malaysia sendiri, bukan saja sebilangan selebriti lelaki yang berani berdepan dengan botox dan pembedahan plastik. Orang biasa pun tidak ketinggalan. Biar apa pun alasan mereka beri, asalkan ia bersebab seperti punca kemalangan, faktor kesihatan dan bukan kerana mahu mengubah ciptaan Yang Maha Esa sudah lebih baik.

Jangan kerana banyak duit dan pengaruh rakan-rakan, rasanya tidak berbaloi mengeluarkan belanja yang tinggi semata-mata mahu 'menghodohkan' diri. Maklum sajalah, tidak semua rawatan botox dan pembedahan plastik berjaya 100%! 

Sumber : Maskulin
Posted by Unknown at Tuesday, July 08, 2014 0 comments Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook
Labels: informasi lelaki, Maskulin

Betul Ke Warna 'Pink' Bukan Untuk Lelaki?

Tweet
Hiasan
Gambar Hiasan
Berdasarkan respon yang diterima dari kaum lelaki secara rawak, kebanyakan lelaki kurang menggemari warna merah jambu bukan kerana ia warna lembut tetapi ia dikatakan warna yang hanya sesuai untuk kaum perempuan. Jika ada lelaki yang berminat dengan warna comel ini, pastinya 'status' mereka akan dipertikai.

Ramai orang percaya bahawa warna mempunyai maksud tertentu. Malah, warna juga boleh mempengaruhi mood dan emosi buat si pemakai. Selain berkaitan emosi, warna merah jambu juga hanya serasi dengan warna kaum perempuan kerana warnanya yang lembut dan comel.

Jangan tersilap kerana kaum lelaki bukannya membenci warna merah jambu tetapi mereka merasakan warna merah jambu membuatkan mereka tidak menarik dan tidak sesuai dengan bentuk fizikal. Malah, bilangan kaum perempuan yang menggemari warna merah jambu lebih ramai sehingga menjadikan warna ini seolah-olah warna milik kaum perempuan sahaja.

Tidak semua lelaki benci warna merah jambu. Ini terbukti apabila Johan, mempunyai pakaian berwarna merah jambu di dalam almari pakaiannya. "Saya suka warna merah jambu tetapi lebih memilih merah jambu gelap dan bukannya merah jambu yang pucat. Tidak ada salah asalkan saya memakai pakaian lelaki," ujar jejaka dari Damansara ini.

Alasan warna merah jambu juga bukanlah 'kawan baik' lelaki kerana ada sesetengah lelaki telah memulakan rumor bahawa warna ini hanya untuk perempan. Jadi, jika ada lelaki yang memilih wana merah jambu, mereka akan ditertawakan!

Sebenarnya, sejak dari dulu lagi teori warna merah jambu untuk perempuan dan warna biru untuk lelaki telah ditentukan oleh masyarakat. Menerusi foto bayi bermula tahun 1800 lagi, awalnya pakaian bayi lebih kepada warna putih tanda bayi yang masih 'bersih'. Namun, aplikasi pemilihan warna ini adalah untuk memberitahu bahawa seseorang itu bakal mempunyai anak perempuan mahupun lelaki dengan mewakili warna.

Disebabkan itu juga, setiap kali majlis seperti 'baby shower' atau apa saja pemberian hadiah, ramai memilih warna merah jambu khas untuk wanita dan warna biru pula warna khas untuk lelaki.

Hakikatnya, ia cuma ditentukan oleh masyarakat sekeliling tetapi tidaklah diiktiraf di peringkat dunia! Tidak ada salahnya anda meminati warna merah jambu. Masih ada juga lelaki yang masih tampil kacak dan macho apabila mengenakan warna merah jambu malah berjaya mencuit hati para wanita. Tahu atau tidak bahawa kaum perempuan juga boleh tergoda melihat lelaki memilih merah jambu kerana bagi mereka, lelaki itu sangat 'sweet' dan romantik!
Sumber : Maskulin
Posted by Unknown at Monday, June 02, 2014 1 comments Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook
Labels: Info, Lelaki, Maskulin
Older Posts Home
Powered by Textbook Widget

My Visitor's

Followers

My Time


Archives

  • ▼ 2016 (1)
    • ▼ May (1)
      • Makanan Khasiat Untuk Otot
  • ► 2014 (3)
    • ► July (2)
    • ► June (1)
  • ► 2013 (11)
    • ► December (4)
    • ► September (1)
    • ► August (1)
    • ► June (1)
    • ► May (4)
  • ► 2011 (11)
    • ► December (1)
    • ► November (1)
    • ► October (5)
    • ► March (1)
    • ► January (3)
  • ► 2010 (19)
    • ► December (19)

Click Me

My Page

Powered by Blogger.

Feedjit

 
Copyright (c) 2010 TENTANG LELAKI. Designed by Conveyancing
High Deductible Health Insurance, Purchase Beats