skip to main | skip to sidebar

Pages

  • Home
  • My Link
  • Profile
  • My Contact

TENTANG LELAKI

http://tentanglelaki85.blogspot.com

Showing posts with label informasi lelaki. Show all posts
Showing posts with label informasi lelaki. Show all posts

Lelaki Juga Ambil Botox, Pembedahan Plastik?

Tweet
Hiasan
Gambar hiasan. Kredit foto dari google.com
Jumlah masyarakat menggunakan rawatan botox mula meningkat semenjak ia mula digunakan dan diluluskan untuk kosmetik pada tahun 2002. Meskipun wanita amat sinonim dengan kecantikan, tetapi penggunaan botox dan pembedahan plastik di kalangan lelaki juga apa kurangnya.

Kebanyakan selebriti luar negara seakan tidak boleh menerima garis-garis halus terutama di bahagian mata. Garis-garis ini disebut sebagai crow's feet akan bertambah seiring pertambahan usia. Dengan menyuntik sedikit botox, kedutan mula hilang. Pendek kata, ia meremajakan wajah dengan cepat dan mudah.

Pelakon George Clooney dikatakan salah seorang selebriti yang melakukan perubahan terhadap sekitar matanya. Dia menggunakan botox dengan bertujuan untuk kelihatan sentiasa 'segar' apabila berada di set mahupun luar set.

Bagi pelakon Dwayne "The Rock" Johnson, dia sendiri pernah berdepan dengan pembedahan plastik untuk mengecilkan dadanya. Dia dikatakan telah melakukan liposuction atau sedut lemak di dadanya kerana ia seolah semakin membesar.

Pemenang pingat emas Montreal 1976 Summer Olympics yang juga isteri kepada Kris Jenner (Kardashian) juga dikatakan telah melakukan pembedahan plastik ke atas hidungnya. Dia juga telah melakukan pembedahan plastik pada wajahnya sebanyak dua kali.

Siapa yang tidak kenal dengan penyanyi dan gitaris kumpulan KISS, Gene Simmons, pernah melakukan pembedahan plastik untuk membuang lebihan lemak pada wajah terutama bawah mata dan sekitar dagu.

Juri bermulut laser, Simon Cowell, tidak mengaku melakukan pembedahan sebaliknya mengatakan hanya berdepan dengan rawatan botox. Menurut Simon, botox memberi kesan dan tidak kisah melakukannya setiap tahun untuk tampil lebih muda sentiasa.

Bagi di Malaysia sendiri, bukan saja sebilangan selebriti lelaki yang berani berdepan dengan botox dan pembedahan plastik. Orang biasa pun tidak ketinggalan. Biar apa pun alasan mereka beri, asalkan ia bersebab seperti punca kemalangan, faktor kesihatan dan bukan kerana mahu mengubah ciptaan Yang Maha Esa sudah lebih baik.

Jangan kerana banyak duit dan pengaruh rakan-rakan, rasanya tidak berbaloi mengeluarkan belanja yang tinggi semata-mata mahu 'menghodohkan' diri. Maklum sajalah, tidak semua rawatan botox dan pembedahan plastik berjaya 100%! 

Sumber : Maskulin
Posted by Unknown at Tuesday, July 08, 2014 0 comments Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook
Labels: informasi lelaki, Maskulin

Lelaki Oh Lelaki....

Tweet

1. Lelaki tidak detail dlm percakapan

COntoh kEs:
Kakaknye baru saja putus cinta.Biler kite tanyer what's his commEnt dier just cakap:"mm..dah nak putus nak wat camne..."

ALaSan: Tak usah bimbang sebab secara genetik lelaki tidak dibentuk untuk petah bercakap cam pompuan. Menurut seorang pakar, wanita boleh mengeluarkan antara 6 hingga 8 ribu kata per hari. Sementara lelaki rata2 hanya mengeluarkan antara 2 hingga 4 ribu kata sahaja.

2. Lelaki tahan berjaga sepanjang malam demi HoBi

COntoh Kes:
Kita sering tak menemui jawapan kenapa si dia sanggup mengadap game sepanjang malam tanpa henti?

ALAsaN : Sebelah kanan otak lelaki mempunyai bahagian yang tidak dimiliki oleh kebanyakkan wanita,seperti utk mengukur sudut pandang(angle) ,kecepatan dan jarak.Namanya adalah KEsedaran Ruang Visual (VSA),yang amat penting peranannya di zaman lelaki harus berburu utk mendapatkan makanan.Dan kalau hasil mereka sedikit,mereka berasa macam tak ada pa pe kalau nak dibandingkan ngan lelaki lain.

3. Lelaki rela menghabiskan banyak wang untuk peralatan elektronik atau aksesori kereta.

COntoh KEs:
Si dia rela keluarkan wang simpanan utk menambah aksesori kete.tapi kenapa mereka memBEBEL kalau tgk org pompuan ShoppIng?

AlasaN: Alat2 elektronik atau aksesori kete bolehlah dikatakan sebagai alat permainan lelaki dewasa. Bagi lelaki, benda 3 dimensi terlihat lebih menarik dan menstimulasi area VSA otak mereka. Dgn demikian mereka secara tidak sedar Happy2 jer buang duet utk benda2 tue.

4. Lelaki jarang MunCul dengan jambang bunga.

Contoh kEs:
Dalam filem,sering kita lihat hero mincul tiba2 di rumah lovernya dgn sejambak bunga.Kenyataan nye?huh hampeh!!

AlAsan: Sejak awal, otak lelaki lebih mengutamakan hal praktik. Kebetulan, hal2 bunga nih tak menarik ruang logik otak mereka. Beli sesuatu yang bakal layu dalam beberapa hari benar2 satu pembaziran - itu tanggapan org lelaki laa kan.

5. Lelaki tidak bergosip

Contoh KEs:
Bila kita kata:""eh betul ke ni?" dia pantas memoTong:"pegi makan jom! dah lapar nie..."

AlasaN: Sebenanye lelaki juga bergosip. Tapi cara dan gaya mereka bergosip tidak sejelas kita dan juga tidak pada saat objek yang nak digosip berada dekat situ. Kalau mereka punya masalah dengan seseorg, biasanya mereka menyelesaikannya, atau melupakannya.

6. Lelaki selalu mengagungkan IBU mereka.

ContOh kEs:
LElaki jarang mengkritik ibu mereka, apa lagi kalau hubungan mereka akrab. Lebih panas lagi kalau dia kata: "eleh,macam tu pun tak reti buat? mak i pejam mata pun boleh buat tau."

Alasan: Bagi lelaki, ibu mereka merupakan wanita ideal dan inti dari hidup mereka.Lelaki juga belajar mengenal rasa melindungi dari hubungan kedua orang tuanya,bagaimana ayah mereka melindungi ibunya. Makanya, tak perlulah mintak dia persoalkan apa apa ttg ibunya.TiTik!

7. Lelaki sanggup menyimpan semua edisi Terhad komik, cd, jeans, jam tangan dan apa saja!

Contoh kEs:
Bosan! Sekejap kejap dia ajak g Petaling Street, kemudian kedai komik then sana, sini... semata-mata nak cukupkan koleksinya.

Alasan: Berbalik kepada asal mereka sebagai pemburu, lelaki senang menghimpun persediaan keperluan mereka sebanyak mungkin. Mereka selalu berwaspada bakal diadili lelaki lain, sehingga tidak hanya mengekar kuantiti, tapi juga kualiti yang dimilikinya. Bagi mereka, punya sesuatu yang boleh dibanggakan adalah prestasi tersendiri yang dapat memacu ego mereka.

8. Lelaki Senang melihat wanita memakai Skirt pEndek(mini skiRt) - asalkan bukan kekasihnya.

COntoh kEs:
Si dia memuji setinggi langit kaki nicole kidman ketika memakai mini skirt. Tapi kalau gf nya yg pakai, komennya ringkat saja: "I tak suka ahh!! tukar lain..!" Bengang kan...?

AlaSan: Bagi lelaki, kaki cantik adalah simbol kesuburan wanita. Kalau buah hati sendiri yang mempamerkan kaki dan bahagian "rangsangan" yang lainnya -- mereka jadi waspada kerana itu merupakan sasaran mata lelaki-lelaki lain...
Posted by Unknown at Tuesday, January 11, 2011 5 comments Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook
Labels: informasi lelaki

10 perkara yang LELAKI tidak suka tetapi PEREMPUAN buat jugak!!

Tweet




1. Cepat berubah fikiran. Hari Isnin..kamu suka kat dia. Hari rabu kamu minat kat orang lain. Masuk hari Jumaat kamu dah lupa nama mamat yang hari Isnin. Peh..gila tuh. You all bakal digelar Miss Playgirl.

2. Membanding diri dengan orang lain. Kalau si dia minat kat kamu, dia takkan pandang sangat awek lain. Percayalah. Takyahlah susah-susah nak tolong promote orang itu..orang ini. Orang tu lawa la..tu la. Yang penting KAMU.
3.Bercanggah pendapat. Kalau dia minta pendapat, jangan ragu-ragu utk mengeluarkannya. Tapi, sebelum keluarkan hujah pastikan dia berada dipihak mana. Seboleh mungkin jangan sampai menyinggungnya.
4. Terlupa temujanji. Kalau dah berjanji, janganlah sesekali lupa. kalau terlupa percayalah dia akan rasa macam tak dihargai dan tidak penting dalam hidup kamu.
5.Riak. Kalau kamu baru dinaikkan pangkat dan si dia memuji… pastikan kamu tidak riak bertahun-tahun, dikhuatiri si dia akan terasa tak setaraf ngan kamu plak. Cukuplah utk sejam dua sahaja.
6. Berkira soal berat badan. Kalau si dia mengorder burger paling besar atau ayam goreng 2 set + kentang besar+ milkshake jangan larang atau tegur. takyahlah nak cerita pasal lemak, kolestrol. lelaki ni kalau bab makan memang berkira.
7. Pura-pura tak tahu. Ini memang berlakon tahap bengong ! Takkan la lansung tak kenal Brad Pitt semata-mata nak jaga hatinya. tak salah jika sesekali tunjuk bijak.
8.Malas buat keputusan. Si dia buntu. Cadangan kamu?” Entah la I pun tak tau! ” Hello bangun dan bukak akhbar. Cuba beri cadangan yang baik. Si dia bukan tukang buat keputusan 24 jam sajer. Bila sesekali kamu buat keputusan gempak… dia mungkin makin sayang.
9. Kurang sopan. Tanyalah mana-mana lelaki, mesti dia tak pilih wanita yang kurang sopan. Kalau ada sifat Hot Tamper..cuba belajar control. Ada sesetengah jenis kekasih mungkin dah memahami, so boleh tolak ansur. Tapi kalau jenis tak leh tolak ansur… ..
10.Tak mengaku kelemahan. sesekali kena mengaku kelemahan sendiri. Jangan dok maintain ayu jer… Lambat laun terbongkar gak. Percayalah… kalau kamu mengaku kelemahan diri, si dia bukan anggap itu satu kecacatan tapi satu kelebihan kerana sanggup mengaku. PERCAYALAH…


Posted by Unknown at Tuesday, December 14, 2010 4 comments Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook
Labels: informasi lelaki

Syarat jadi lelaki gentlemen

Tweet TIDAK SEMPURNA SEORANG LELAKI ITU JIKA TIDAK PUNYA AHKLAK YANG BAIK. TIDAK LAYAK DIPANGGIL 'PEMIMPIN DUNIA' JIKA DIRI SENDIRI TIDAK TAHU MENDIDIK DIRI JADI SEORANG BERADAB.










































Dijadikan lelaki itu untuk menjadi khalifah.Menjadi contoh dan pendidik. Tetapi apakah layak seorang lelaki diangkat menjadi contoh andai diri sendiri tidak beradab, miskin ilmu dan ahklaknya.Jadi mari lelaki semua, hisab kelemahan diri. Yang buruk dicantikkan, yang lemah diperkuatkan. Nilaikan 35 etika atau 'peraturan' menjadi lelaki sejati. Agar sejuk perut ibu mengandungkan kamu, bahagia si dia bergelar isterimu dan bahagia permata hatimu bila tahu yang molek adabnya adalah ayahnya.


1. Jika kamu seorang perokok, jangan sesuka hati menghembuskan asap beracun itu ke muka orang di   sekeliling. Misalnya warga emas mahupun wanita yang hamil dan kanak-kanak.


2. Jika naik kenderaan awam jangan main serbu sahaja. Tolong tunggu giliran dan beratur. Jika ada yang  perlukan bantuan  jangan berat  tulang menghulurkan bantuan.


3. Ingat lagi iklan kemasyarakatan yang dilakonkan oleh Adlin Aman Ramli suatu ketika dulu? Jika naik kenderaan awam jangan berat punggung hendak memberikan tempat duduk kepada penumpang yang lebih   memerlukan.


4. Jangan suka pandang rendah kepada kemampuan orang lain, lebih-lebih lagi kepada wanita. Wanita zaman sekarang sangat competitive. Mereka bukan lagi mahkluk ciptaan tuhan yang boleh diperlekehkan.


5. Jangan suka tunjuk pandai lebih-lebih kepada sesuatu perkara yang kamu sendiri kurang pasti. Lebih baik merendah diri.


6. Jangan mudah melenting bila orang lain menegur kesilapan yang kamu lakukan. Terima apa sahaja yang di sampaikan sebagai satu teguran untuk kamu memperbaiki kelemahan diri.


7. Tolong hormat majlis. Lelaki kebanyakannya tidak tahu menghormati majlis yang dihadiri khususnya dalam soal etika pemakaian. Jika majlis yang di hadiri mempunyai kod pakaian, sila patuhinya. Jangan main sarung 
sahaja.


8. Bila di majlis tolong hormat dan beri perhatian kepada perjalanan majlis. Jangan sesuka hati buat agenda sendiri. Patuhi protokol. 



9. Jangan ambil mudah soal penampilan. Pastikan diri sentiasa tampil kemas. Kebersihan diri mesti dijaga,  
jangan sampai orang sebelah terpaksa menutup hidung menahan bau badan kamu yang tidak semenggah.


10. Tolong jaga kebersihan sekeliling dimana jua kamu berada. Jangan sesuka hati membuang sampah. Yang biasa dilihat, dimana kamu menghisap rokok, disitu juga la puntung rokok bersepah.



11. Tolong hormati sesiapa sahaja. Rakan sebaya. kanak-kanak dan lebih lagi rasa hormat   itudiberikan kepada orang lagi lebih tua.

12. Jika hendak berlawak, biarkan yang senonoh. Tolong jaga sensitiviti orang di sekeliling kamu. Lawak-lawak berunsur lucah sila tinggalkan.

13. Jika bercakap jangan sesekali meninggikan suara. Walaupun berada dalam keadaan marah, cuba kawal emosi aggar tidak menyinggung perasaan orang lain.

14. Jangan jadikan jalan raya sebagai trek berlumba. Jangan memandu laju sehingga membuatkan orang disebelah kamu menarik nafas dan menutup mata kerana takut dengan cara kamu memandu. Fikirkan keselamatan orang lain.

15. Jika memandu, sila patuhi semua peraturan. Lampu merah jangan dilanggar, tunggu giliran jangan suka memotong. Hormati pemandu-pemandu lain.

16. Bila berjalan bersama-sama keluarga, jangan dibiarkan isteri kamu seorang yang mendukuung dan membimbing tangan anak kamu. Yang banyak dilihat si isteri yang berkejar ke sana sini mengawal anak, takut terlepas. Si suami jalan di hadapan seorang diri.

17. Bagi yang berjalan dengan isteri yang sarat mengandung, jangan kamu tinggalkan dia di belakang . Metang-metang perutnya membesar ke depan, kamu malu berdamping dengannya.

18. Jangan sesuka hati melepaskan rasa marah. Kurangkan atau buangkan sahaja sikap panas baran kamu. Tiada untungnya kamu bersikap sebegitu.

19. Jangan ego. Jika kamu melakukan kesilapan, akuinya. Orang akan lebih hormat jika kamu mengakui kekurangan diri dan rela memperbetulkan kesilapan.

20. Jangan sesuka hati bersiul-siul mengacau atau mengurat perempuan. Bila tidak dilayan mulalah mengejek-ejek kononnya perempuan itu perasan cantik. Apa kamu rasa jika adik kamu diperlakukan sebegitu?



21. Jika ke kelab hiburan atau kemana sahaja, tangan kamu itu tolong duduk diam, jangan suka meraba. Kawal nafsu.

22. Jika kamu ingin mengenali atau mendekati seseorang, gunalah cara yang terhormat. Perkenalkan diri terlebih dahulu. Jika baik niat dan betul caranya, kamu akan diterima. Jika si dia menolak sekali pun, dia akan menolak dengan cara terhormat  sama sebagaimana kamu datang kepada nya.

23. Jika tinggal bujang, hormati jiran tetangga. Jangan tengah-tengah malam kamu menjerit-jerit bersorak bila pasukan kegemaran kamu menjaringkan gol. Orang lain hendak tidur, esok hendak kerja.

24. Fahami dan ikuti adab hidup berjiran. Jaga kebersihan rumah. Jangan kerana sikap kamu yang suka membuang sampah merata, jiran tetangga tanggung akibatnya. Dek sikap kamu yang tidak tahu jaga kebersihan, jentik-jentik beranak pinak dan orang lain pula yang terkena demam denggi.

25. Kemudahan awam itu dicipta untuk kegunaan bersama. Kamu lelaki, jangan sesuka hati merosakkan kemudahan yang ada. Telefon awam itu jangan dipecahkan dan papan-papan tanda jangan diconteng.

26. Bila di pejabat jangan suka curi tulang, walaupun kamu adalah seorang ketua, itu bukan tiket kamu keluar sesuka hati. Cuba jadikan diri kamu sebagai contoh kepada pekerja-pekerja lain.

27. Jangan jadikan isteri kamu seperti orang gaji, memasak, membasuh pakaian, mengemas rumah semuanya isteri kamu seorang yang lakukan. Sebagai lelaki kamu bertanggungjawab meringankan beban kerja rumah. Jangan duduk goyang kaki sahaja.

28. Bila ditugaskan untuk kerja berkumpulan, jangan tahu mengarah sahaja. Selalunya bila dalam satu kumpulan yang diketui oleh lelaki, biasanya mereka tidak mengambil bahagian dalam menyempurnakan tugasan.

29. Kalau sudah tahu bukan kamu seorang yang rajin mengemas, jadi janganlah pula kamu rajin sepahkan. Sekali dua bolehlah isteri atau ibu kamu kemaskan, masuk kali ketiga tiada siapa yang hendak layan.

30. Jangan suka melawan atau memberontak sesuka hati. Walaupun ada sesuatu perkara yang kamu tidak suka atau bersetuju, ada cara baik untuk membantahnya.


31. Pabila azan maghrib berkumandang sila segera pulang ke rumah. Tetapi sayangnya yang banyak berlaku ialah masih ramai yang melepak di tepi jalan bersama kawan-kawan. Lebih teruk lagi jika kamu sedang menyanyi dan bermain gitar.

32. Jika kamu seorang ketua di pejabat, jangan pula kamu yang menggalakkan anak buah kamu buat perkara yang tidak baik. Yang biasa berlaku, ketualah yang ajak anak-anak buah keluar curi tulang ketika waktu bekerja. Lama-lama anak buah pun tidak punya rasa hormat. Kamu tidak ubah seperti ketam mengajar anaknya berjalan lurus.

33. Jika ke tandas awam, terlalu banyak beza antara tandas lelaki dan perempuan. Kebersihannya jarang sekali mencapai tahap memuaskan. Wahai lelaki semua sila jaga kebersihan.

34. Bila berkunjung ke rumah saudara-mara atau ke majlis kahwin, lelaki jarang sekali membawa buah tangan atau hadiah. Tiada salahnya keluar sedikit wang membeli buah tangan sebagai tanda terima kasih atas undangan yang diberikan.

35. Lelaki memang gemarkan muzik. Jadi bila kamu mendengar muzik jangan dipasang kuat-kuat hingga menganggu orang lain. Cukuplah sekadar kamu dengar seorang. 
Posted by Unknown at Sunday, December 12, 2010 2 comments Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook
Labels: informasi lelaki
Older Posts Home
Powered by Textbook Widget

My Visitor's

Followers

My Time


Archives

  • ▼ 2016 (1)
    • ▼ May (1)
      • Makanan Khasiat Untuk Otot
  • ► 2014 (3)
    • ► July (2)
    • ► June (1)
  • ► 2013 (11)
    • ► December (4)
    • ► September (1)
    • ► August (1)
    • ► June (1)
    • ► May (4)
  • ► 2011 (11)
    • ► December (1)
    • ► November (1)
    • ► October (5)
    • ► March (1)
    • ► January (3)
  • ► 2010 (19)
    • ► December (19)

Click Me

My Page

Powered by Blogger.

Feedjit

 
Copyright (c) 2010 TENTANG LELAKI. Designed by Conveyancing
High Deductible Health Insurance, Purchase Beats