skip to main | skip to sidebar

Pages

  • Home
  • My Link
  • Profile
  • My Contact

TENTANG LELAKI

http://tentanglelaki85.blogspot.com

Hadiah Terbaik Lelaki

Tweet SUDAH namanya lelaki, kadang kala sukar bagi wanita memahami peribadi dan perlakuan golongan berlawanan spesies dan jantina ini.

Saban hari, ada saja isu berkaitan lelaki dibangkitkan. Soal gaya, cita rasa dan keinginan lelaki sering menjadi topik perbualan wanita termasuk mereka yang sudah lama hidup berumah tangga dan berkongsi segala-galanya dengan lelaki.

Sifat dan keinginan lelaki yang sukar dijangka kadang kala merumitkan lagi usaha berdamping dengan golongan Adam ini.

Meniti senarai perkara mengenai lelaki yang sukar dimengertikan, isu mencari hadiah untuk jejaka misalnya, boleh mencetuskan kebuntuan setiap kali tibanya hari jadi, ulang tahun perkahwinan atau detik istimewa yang mahu dikongsi bersama lelaki.

Andai wanita jatuh cinta dengan barangan yang mahu dihadiahkan kepada teman lelaki, belum tentu si jejaka yang berjiwa kompleks gembira menerima pemberian itu. Silap hadiah, timbul pula perselisihan dek si dia berkecil hati andai hadiah yang diberi tidak begitu digemari kerana tidak memenuhi kehendak jiwa teman lelaki.

Dalam hal ini, tidak semestinya hadiah yang diberi berharga mahal atau produk berjenama mewah. Sebaliknya, apa yang lebih penting, lelaki merasa puas dan gembira dengan hadiah yang diberi sekalipun sekadar kemeja T murah.

Sehubungan itu, dalam melerai kekusutan mencari hadiah untuk jejaka idaman, wanita disaran mengkaji terlebih dahulu peribadi si dia termasuk tingkah laku, minat dan hobi lelaki. Dengan mendasari peribadi dan minat lelaki, tidak sukar wanita memilih hadiah terbaik untuk diberikan sebagai tanda ingatan dan kasih sayang.

Mengulas soal hadiah sesuai untuk lelaki, Pengarah Institut Sosial Malaysia (ISM), Prof Madya Dr Mohd Fadzil Che Din berkata, tidak kira lelaki atau wanita, faktor kriteria serta bajet perlu diambilkira dalam memilih hadiah sesuai.

Dr Mohd Fadzil berkata, secara psikologi lelaki tidak terlalu mengambil peduli soal jenis atau bentuk hadiah kerana bagi mereka, aspek hati dan niat pemberi lebih diutamakan.
“Berbanding wanita, bentuk hadiah kepada lelaki lebih menjurus kepada hubungan fizikal dan kaitan perhubungan yang terjalin. Ini sama ada membabitkan rakan sosial, teman emosional mahupun sebagai teman intim.

“Ini dapat dilihat daripada bentuk hadiah yang diterima lelaki daripada kumpulan rakan-rakannya dengan mengambil kira kesesuaian kriteria hadiah serta bajet yang mengikut kemampuan,” katanya kepada XY – Ikon Lelaki.

Ditanya apakah erti hadiah yang diterima dalam konteks jantina lelaki dan wanita, Dr Mohd Fadzil berkata, hadiah bagi lelaki lebih bersifat faktor luaran atau tersurat kerana setiap hadiah diterima dengan hati terbuka.

“Wanita pula mempunyai sifat yang lebih tersirat. Bagi wanita, bukan soal jenis hadiah yang perlu sempurna sebaliknya setiap bentuk dan warna dalam hadiah yang diberi mempunyai erti besar dalam pemikiran dan naluri diri wanita.

“Nampak sedikit cerewet tetapi wanita lebih beremosi dan cukup mengambil berat soal hadiah dalam apa juga keadaan,” katanya.

Mengenai hadiah yang sesuai buat si jejaka, Dr Mohd Fadzil berkata, adalah penting untuk wanita mengkaji sifat serta karektor lelaki bagi menentukan konsep hadiah sesuai untuk si dia.

Sebagai contoh, katanya, wanita boleh menentukan asas warna, bentuk dan fungsi hadiah yang difikirkan sesuai buat lelaki.

“Biasanya lelaki kurang cerewet dalam soal hadiah yang diperoleh kerana percaya kepada tanda ingatan dan niat si pemberi hadiah.

“Wanita pula seharusnya bijak memilih hadiah sesuai serta memastikan ia mewakili nilai hubungan antara lelaki dan wanita… Barulah pemberian itu bermakna antara dua pihak.” katanya.

Melalui pemilihan hadiah yang tepat, wanita bukan saja memahami cita rasa dan minat sebenar lelaki, malah lelaki dan wanita dapat membentuk perhubungan ideal.

Biarpun hadiah menjadi tanda keikhlasan pemberi, nilai sentimental serta bentuk yang cuba dipersembahkan dalam hadiah memiliki pengertian lebih besar ertinya bagi lelaki. Ini terutamanya jika hadiah yang diberikan menjadi idaman lelaki sekian lama.

Mungkin selain kemeja, kasut, set minyak wangi dan jam tangan, barangan lain yang memenuhi karektor lelaki boleh dijadikan idea hadiah yang baru dan segar.

Siapa sangka, hadiah unik seperti sport rim, jersi bola sepak edisi terhad mahupun tiket Formula 1 Petronas Malaysian Grand Prix 2010 di Sepang boleh menggembirakan si dia. Bukan sahaja mencipta kejutan, hadiah istimewa itu pasti mengeratkan lagi hubungan intim anda berdua!
Hadiah idaman lelaki:

XY – IKON LELAKi berkongsi 10 hadiah istimewa yang mungkin mewakili karektor dan hobi lelaki moden. Perhatikan, tiada minyak wangi, kemeja atau dompet yang seolah-olah menjadi ‘hadiah wajib’ buat lelaki.
Anda mencari-cari hadiah terbaik untuk teman lelaki? Tip ini mungkin ada jawapannya…

1. Jersi bola sepak



Jika teman lelaki fanatik bola sepak, pancing hati si dia dengan hadiah jersi bola sepak kelab pujaannya. Lebih bermakna andai jersi yang anda hadiahkan merangkumi edisi terhad yang sukar diperoleh di pasaran. Tunggu apa lagi?

2. Telefon iPhone



Ikuti trend semasa, tidak salah untuk menghadiahkan telefon berteknologi seperti iPhone buat jejaka istimewa. Andai si dia tidak lokek membelikan anda barangan mewah, apa kata balas budinya dengan telefon pintar ini.

3. Monitor LCD kereta



Buat sedikit kejutan dengan menghadiahkan gajet berupa monitor LCD kereta. Bukan untuk dirinya saja, anda juga boleh menikmati hiburan dalam kereta bersama.


4. Sport rim



Masih lagi berkisar soal kenderaan. Sport rim terbaru dengan reka bentuk maskulin cukup untuk menambat hati si dia!

5. Tiket perlumbaan F1 Sepang




Andai masih tercari-cari hadiah berbeza untuk si dia, apa kata beli saja tiket perlumbaan Formula 1 Petronas Malaysian Grand Prix 2010 yang dijangka berlangsung di Litar Sepang pada 2 hingga 4 April ini.


6. Permainan video



Seolah keanak-anakan, majoriti lelaki sukakan permainan video. Daripada permainan video Sony PS1 hingga kepada model PSP terkini, lelaki cukup menggemari permainan video sebagai hobi waktu lapang.

7. MP3




Fenomena muzik tiada batasan. Begitu jugalah dengan teknologi muat turut lagu termasuk gajet MP3 yang boleh dijadikan sebagai hadiah istimewa buat orang tersayang. Bukan sekadar memberikan gajet muzik, lebih bermakna jika anda memuatkan sekali lagu kegemaran si dia tanda cinta!

8. Kasut futsal



Perlu bagi seorang wanita ‘mencintai’ apa yang lelaki gemari. Jika teman lelaki suka bermain futsal, kasut futsal berjenama boleh menjadi hadiah paling sesuai! Ia juga membuktikan anda memberi sokongan moral terhadap hobinya itu.

9. Set mengurut elektronik



Di pasaran, banyak peralatan mengurut elektronik diperkenalkan seperti set urut tapak kaki, pinggang dan bahu pada berpatutan. Kasihan melihat si dia keletihan selepas seharian bekerja, apa kita sambut kepulangannya dengan set mengurut ini?

10. Kejutan majlis hari jadi




Aturkan majlis hari jadi kejutan atau surprise party buat si dia. Himpunkan teman-teman rapatnya yang boleh memberikan kejutan terbesar dalam hidup. Siapa sangka, kejutan itu menambahkan lagi kemesraan anda berdua
.
Posted by Unknown at Saturday, December 11, 2010 Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook
Labels: Hadiah Terbaik Lelaki

6 comments:

Raji and Yeen said...

nombor 6 paling tetap ;D
hmpir sume lelaki suka game xD

11 December 2010 at 07:47
Unknown said...

yup semua org suka. x kira budak ataupun dewasa

11 December 2010 at 07:48
Raji and Yeen said...

tepat*
salah eja =.="

11 December 2010 at 07:49
Unknown said...

haha..ok2, biasa la tu typing error selalu berlaku

11 December 2010 at 07:51
Rachmady Dan Kehidupan Duniawi said...

org kaya jer leh bg yg no.9 tu, set mengurut.

11 December 2010 at 09:21
Unknown said...

yup..tgk pada jenis org gak la

11 December 2010 at 13:49

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Powered by Textbook Widget

My Visitor's

Followers

My Time


Archives

  • ► 2016 (1)
    • ► May (1)
  • ► 2014 (3)
    • ► July (2)
    • ► June (1)
  • ► 2013 (11)
    • ► December (4)
    • ► September (1)
    • ► August (1)
    • ► June (1)
    • ► May (4)
  • ► 2011 (11)
    • ► December (1)
    • ► November (1)
    • ► October (5)
    • ► March (1)
    • ► January (3)
  • ▼ 2010 (19)
    • ▼ December (19)
      • Sifat Lelaki Vs Sifat Perempuan
      • Tanda-Tanda Orang Lelaki Merajuk
      • KANSER PAYUDARA LELAKI
      • Kecantikan Lelaki, Kegagahan Wanita
      • Mengapa Berhenti Merokok?
      • BERHENTI MEROKOK
      • LELAKI BERBUAH DADA?
      • 10 perkara yang LELAKI tidak suka tetapi PEREMPUAN...
      • Daus AF8
      • Syarat jadi lelaki gentlemen
      • KELEBIHAN LELAKI PADA AKALNYA
      • Hadiah Terbaik Lelaki
      • 20 Tentang Lelaki Yang Wanita Perlu Tahu
      • Fakta Tentang Lelaki
      • Percutian Ke Melaka
      • DUNIA PERAGAAN BARU
      • Tentang Lelaki
      • Perkara Yang Wanita Perlu Tahu Tentang Lelaki
      • Selamat Datang

Click Me

My Page

Powered by Blogger.

Feedjit

 
Copyright (c) 2010 TENTANG LELAKI. Designed by Conveyancing
High Deductible Health Insurance, Purchase Beats